Pegawai atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati memberi arahan kepada anggota bawahannya melakukan kerja-kerja peribadi serta penyalahgunaan aset kerajaan akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya berkata antara kesalahan lain yang dikenal pasti sering kali dilakukan ialah salah guna kuasa, bergaduh atau tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa bertugas.
"Sebagai contoh, ada pegawai atasan yang memberi arahan kepada anggota bawahan melakukan tugas-tugas untuk kepentingan peribadi seperti menghantar isterinya ke pasar. Ada juga anggota polis yang bergaduh dengan orang awam disebabkan hal-hal kecil.
"Sebenarnya, 95 peratus warga PDRM merupakan orang yang jujur, baik dan mahu bekerja, hanya segelintir sahaja tersimpang mungkin disebabkan masalah peribadi, kelemahan karakter atau pengaruh orang sekeliling," katanya pada sidang media sempena Program Outreach Psikologi dan Spiritual (MyPS) di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini, semalam.
Zamri berkata apabila sesuatu salah laku dilaporkan, pihaknya akan menyiasat secara menyeluruh dan sekiranya terdapat bukti jelas, pegawai atau anggota terbabit akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pelbagai teguran dan peringatan telah diberikan oleh kepimpinan tertinggi PDRM namun ada juga pegawai dan anggota yang ingkar dan tidak mahu berubah.
Sementara itu, mengulas mengenai program MyPS, Zamri berkata program itu bertujuan mendampingi warga PDRM bagi mempertingatkan kualiti perkhidmatan dan integriti.
"Kita bercadang untuk meluaskan lagi program ini bagi menyemai nilai-nilai murni sekali gus menangani isu-isu moral yang berlaku dalam kalangan polis," katanya.
Pelbagai program telah dijalankan sepanjang dua hari bermula semalam seperti perkhidmatan psikologi dan kaunseling, klinik solat dan al-Quran, Ujian Psikologi, Sukaneka bersama keluarga, sesi ziarah ke rumah dan beberapa sesi ceramah di samping mendekati dan menyantuni warga Batalion 3 PGA Bidor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020

Zamri berkata, pelbagai teguran dan peringatan telah diberikan oleh kepimpinan tertinggi PDRM namun ada juga pegawai dan anggota yang ingkar dan tidak mahu berubah. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial
Hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Banjir: JBPM atur gerak anggota ke pantai timur
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggerakkan anggotanya dari negeri yang tidak terjejas dengan musim Monsun Timur Laut (MTL) ke pantai timur, sebagai persediaan menghadapi banjir.

Seramai 34 pegawai kanan, rendah polis dibuang kerja, lima bulan pertama tahun ini - Bukit Aman
PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

PDRM tidak lindungi anggota terlibat kes jenayah
PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas bakal diambil ke atas anggota yang didapati bersalah.

Bajet 2023: APMM mahu bilangan aset, anggota ditambah
APMM memerlukan aset yang sesuai dan mampu bertahan lama di laut agar rondaan serta penguatkuasaan di persempadanan lebih efektif.

1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.

Hampir 5,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan bantu pascabanjir
Mobilisasi anggota perkhidmatan awam itu merupakan inisiatif serta tanggungjawab sosial penjawat awam bersama rakyat.

Lebih 12,000 anggota bomba siap siaga hadapi musim tengkujuh - KP JBPM
Persiapan merangkumi langkah mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur mahupun tanah runtuh.

Seramai 12,000 anggota APM terima dua dos vaksin COVID-19
Suntikan vaksin berkenaan membolehkan anggota APM berasa lebih yakin ketika bertugas di lapangan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Polis siasat video tular anggota minta sogokan
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam insiden itu.