TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff, baru-baru ini berkongsi beberapa tip menjaga keharmonian dalam hidup berumah tangga.
Terdapat beberapa panduan dikongsikan termasuk wanita menggunakan bahasa "paling murni" sekiranya ingin menegur suami dan pastikan juga suami berada dalam keadaan tenang dan berehat.
Bagi suami pula, dalam Islam, beliau dilaporkan berkata adalah dibenarkan bagi suami untuk tidur berasingan daripada isteri selama tiga hari sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap isteri.
Namun, dalam beberapa tip diberikan, nasihatnya agar "suami menggunakan sentuhan fizikal yang 'lembut' kepada isteri sekiranya tidak mendengar nasihat" pantas menjadi buah mulut warganet.
Bahkan, ada yang mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak bersesuaian atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri.
Ahli politik, Nurul Izzah Anwar turut mengkritik kenyataan itu dan beliau menegaskan: "Nasihat yang dikatakan oleh Timbalan Menteri ini adalah merugikan dan bertentangan dengan realiti dan keperluan semasa,” ciapnya di Twitter.
Tidak hanya berlegar di dalam negara, kenyataan beliau nampaknya sudah pun memasuki ruang berita antarabangsa termasuk Daily Mail, The Times dan portal berita Australia, theaustralian.com.
Berita dari Daily Mail yang disiarkan pada 16 Februari itu setakat ini, sudah dikongsikan sebanyak 1,600 kali dan lebih 980 komen di ruangan komen berita tersebut.
Independent, portal yang berpangkalan di United Kingdom, turut melaporkan isu tersebut malah dalam artikelnya, ada menulis:
"Timbalan Menteri itu, yang merupakan Ahli Parlimen Pas, sebuah parti Islam yang mempunyai nilai konservatif, turut menasihati isteri tentang cara memastikan suami mereka bahagia."
Bahkan, GB News turut mengulas perkara berkenaan dalam rancangannya dan memulakan bicara dengan ayat: "Panduan memukul isteri daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ... yang merupakan seorang wanita".
Dalam klip dua minit dikongsikan di YouTube saluran itu, tiga individu dalam video tersebut mengkritik kenyataan itu bahkan mereka juga menjadikannya bahan gurauan.
Untuk rekod, kenyataan itu bukanlah kali pertama Siti Zailah berkongsikan kenyataan yang kemudiannya dikecam ramai pihak.
Pada April tahun lepas, beliau menyiarkan video, mengakui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin memberi tekanan kepada keluarga, seterusnya membawa kepada keganasan rumah tangga.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan tiga kaedah meredakan tekanan dan ia adalah mempunyai sifat menghargai pasangan, memberi kemaafan dan ketaatan kepada agama.
Ridauddin Daud
Thu Feb 17 2022

Namun, dalam beberapa tip diberikan, nasihatnya agar "suami menggunakan sentuhan fizikal yang 'lembut' kepada isteri sekiranya tidak mendengar nasihat" pantas menjadi buah mulut warganet. - fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Salah guna pili bomba di Rantau Panjang, JBPM sah keluarkan kompaun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang menyalahgunakan pili bomba di Rantau Panjang baru-baru ini.

400 laman sesawang pedofilia, pornografi kanak-kanak disekat sehingga Ogos
Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lepas.

Pantau, kawal anak-anak susulan laporan cubaan culik - Siti Zailah
Ibu bapa digesa melakukan kawalan ketat ke atas anak-anak mereka.

JKM kerjasama dengan polis, akan bertemu keluarga mangsa culik
PDRM akan melihat pelbagai aspek sama ada berlaku pengabaian terhadap wanita berikutan penglibatan suami mangsa dalam sindiket dadah.

Kesiapsiagaan JKM hadapi banjir hampir 100 peratus - Siti Zailah
Bagi menghadapi banjir tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM9.16 juta berbanding RM7.3 juta tahun lepas.

Kajian cuti haid, subsidi tuala wanita dijangka selesai Oktober - Siti Zailah
Kajian melibatkan 57,000 responden tentang cuti haid dan subsidi tuala wanita sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober.

MySTEP: Kerajaan lulus lebih 2,000 peluang pekerjaan di JKM secara berperingkat
Ia bagi memenuhi jawatan yang diperlukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KPWKM akan teliti penutupan taska, tadika untuk elak penularan HFMD
KPWKM akan meneliti keperluan penutupan taska dan tadika untuk mencegah penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin membimbangkan.

Tiada masalah hentikan JKMPay sekiranya tiada manfaat
Tiada masalah untuk menghentikan pelaksanaan JKMPay sekiranya ia didapati tidak memberi manfaat kepada penerima.

Guna sentuhan fizikal 'lembut' didik isteri: Kenyataan Siti Zailah 'curi' tumpuan media antarabangsa, ada jadikan 'gurauan'
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff baru-baru ini berkongsi beberapa tips menjaga keharmonian dalam hidup berumah tangga.