BALING: Kedudukan curam dan cuaca semakin gelap antara kesukaran dihadapi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk melakukan kerja-kerja pemadaman Gunung Baling yang terbakar sejak petang Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Jamil Mat Daud berkata, pemantauan dibuat pada peringkat awal mendapati kebakaran berlaku pada satu lokasi curam dan sukar diakses.
Menurutnya, ia dilaporkan bermula pada jam 7.20 petang setelah pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian.
"Maklumat awal mengatakan terdapat kepulan asap di kawasan Gunung Baling.
"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati berlaku kebakaran di Gunung Baling dan api marak menghampiri kawasan puncak.
"Bagaimanapun anggota bomba yang berusaha untuk memadamkan kebakaran di kaki gunung berdepan kesukaran," katanya.
Jelas beliau, kerja pemadaman api tidak dapat dilakukan atas faktor geografi dan dinding batu kapur yang curam sehingga mencecah 90 darjah.
Tambahnya, cuaca gelap yang berisiko kepada anggota menyebabkan operasi terpaksa ditangguhkan sehingga pagi Khamis.
Namun jelasnya, pemantauan secara berkala terus dilakukan dari semasa ke semasa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 02 2023
Kebakaran dikatakan merebak ke arah puncak gunung. - Foto Sinar Harian
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Henti projek kuari Gunung Baling dan Gunung Pulai beri implikasi undang-undang - Sanusi
Tindakan memberhentikan projek kuari batu kapur di Gunung Baling dan Gunung Pulai berkemungkinan akan memberikan implikasi undang-undang serta kewangan kepada kerajaan negeri.
Penduduk harap cadangan projek kuari di Gunung Baling dan Gunung Pulai tidak diteruskan
Penduduk di sekitar Gunung Baling dan Gunung Pulai mendesak agar kerajaan negeri memberi jawapan telus mengenai status projek kuari di dua gunung berkenaan.
Gunung Baling terbakar
Pemantauan dibuat pada peringkat awal mendapati kebakaran berlaku pada satu lokasi curam dan sukar diakses.
Kebakaran di Gunung Baling marak kembali
Punca kebakaran di Gunung Baling yang berlaku sejak 6 Feb lepas itu masih belum dikenal pasti.
Kebakaran Gunung Baling: Lebih 90 peratus berjaya dipadam - Bomba
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, kebakaran yang melibatkan hampir 3 hektar kawasan itu telah berjaya dikawal.