PENDANG: Seorang guru agama maut apabila kereta dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, dekat Pendang pada Ahad.
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy'ari, 65, yang baru selesai mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian melibatkan lima kenderaan iaitu Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dari arah Sungai Jagung menghala ke Padang Pusing cuba memotong kereta Proton Saga di hadapannya.
"Bagaimanapun mangsa bertembung dengan Toyota Hilux sebelum terbabas dan melanggar dua buah kenderaan lain.
"Akibat pertembungan itu, Perodua Viva itu dipercayai terseret lebih 10 meter di atas jalan lalu terbakar menyebabkan pemandunya terperangkap dan rentung terbakar," katanya di sini, hari ini.
Arriz Sham berkata, kemalangan itu membabitkan 12 orang mangsa di mana dua cedera ringan manakala sembilan mangsa tidak mengalami kecederaan.
Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pendang mengambil masa lima minit untuk memadam kebakaran.
"Mayat mangsa ditemui rentung di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan selepas itu.
"Mayat di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Dec 26 2021

Kejadian melibatkan lima kenderaan iaitu Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira. - Gambar/ PDRM

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

GISB: Guru agama dipenjara 10 tahun rotan kanak-kanak lelaki, tekan dada guna lutut
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.

Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.

Guru madrasah didakwa cederakan murid
Seorang guru agama madrasah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan mencederakan murid dua minggu lalu.

'Sudah hampir sebulan ayah hilang di Tanah Suci'
Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis
Guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah telah ditahan untuk bantu siasatan.

Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.

Guru agama diperintah bela diri atas tuduhan lakukan amang seksual kepada pelajar
Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang guru agama di sebuah maahad tahfiz untuk membela diri atas satu pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy'ari, 65, yang baru selesai mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.

Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.