KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar guru agama di negeri ini mendalami ilmu hadis supaya segala maklumat yang disampaikan adalah benar.
"Tugas guru agama bukan sekadar mengetahui sesuatu hadis dan kemudian terus diajar kepada masyarakat, tetapi pada masa sama nilailah hadis tersebut supaya apa yang diamalkan itu benar," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis anjuran Jabatan Mufti Negeri bersama MAIPs dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Auditorium KUIPs di sini.
Tuanku Syed Faizuddin, merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah melihat kepada kepentingan itu, Jabatan Mufti Negeri, KUIPs dan badan-badan agama yang lain di negeri ini mengorak langkah menganjurkan program keagamaan seperti ini dalam menyedarkan masyarakat tentang keperluan mempelajari ilmu agama melalui sumber yang sahih.
Sempena majlis berkenaan baginda turut berkenan melancarkan Buku Himpunan 50 Tazkirah terbitan Jabatan Mufti Negeri dan tarikh Perkampungan Sunnah Siri ke 8/2023 pada penghujung Mei ini.
--BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis anjuran Jabatan Mufti Negeri bersama MAIPs dan KUIPs di Auditorium KUIPs di sini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden.

Guru agama perlu dalami ilmu hadis - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar guru agama di negeri ini mendalami ilmu hadis supaya segala maklumat yang disampaikan adalah benar.

Raja Muda Perlis seru rakyat utamakan penjagaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal dan ikut nasihat pakar perubatan, titah baginda.

TNB serah zakat perniagaan lebih RM580,000 kepada MAIPs
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM583,330.13 bagi tahun 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Perlis benar masjid dibuka sepenuhnya mulai esok
Antara SOP ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak.

MAIPs kurangkan kadar sewa premis
Peruntukan kewangan di bawah Pakej Inisiatif MAIPs Menangani Wabak COVID-19 bagi 2021 kini berjumlah RM8,363,078.

Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis
Larangan turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19.

COVID-19: Perlis benarkan solat Aidiladha di tanah lapang
Raja Muda Perlis bertitah ia selaras dengan sunah selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.

COVID-19: Kes terkawal, Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok
Kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid.

Ibadah korban dibenarkan di Perlis dengan pematuhan SOP
Pelaksanaan ibadah korban oleh agensi kerajaan dan NGO adalah tertakluk kepada keadaan penularan dan perkembangan wabak semasa.