KUALA KANGSAR: Tindakan guru yang memilih untuk bersara awal sejak kebelakangan ini menyebabkan terdapat sekolah mengalami kekurangan guru bahasa walaupun pengambilan secara one-off atau sekali pengambilan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM).
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Mah Hang Soon berkata, KPM bagaimanapun sentiasa komited melaksanakan pelbagai usaha berterusan bagi mengatasi masalah kekurangan guru.
"Untuk pengambilan one-off sejumlah 18,702 guru, kita telah dapat lebih daripada 100 guru bahasa Cina untuk seluruh negara.
"Jadi, pihak kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan jumlah tenaga pengajar yang mencukupi untuk semua sekolah. Pelbagai usaha telah kita ambil dan mana-mana yang sesuai telah kita buat (untuk mengatasi masalah kekurangan guru)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan galeri Tsung Wah dan sesi ramah mesra bersama pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tsung Wah di sini hari ini.
Mah diminta mengulas mengenai masalah kekurangan guru bahasa iaitu bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di seluruh negara meskipun 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tahun lepas.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dipetik berkata KPM meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di Kelantan yang berlaku sejak sekian lama dalam usaha memastikan murid-murid di negeri ini menerima tenaga pengajar yang memiliki ikhtisas sepatutnya.
Radzi berkata sekolah-sekolah di Kelantan kekurangan seramai 450 guru bahasa Inggeris di sekolah rendah dan lebih 200 di sekolah menengah dan kekurangan itu ditampung oleh guru bukan opsyen yang mendapat latihan serta dikenal pasti berkemampuan untuk menyampaikan pengajaran mata pelajaran berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022

Pihak KPM sentiasa berusaha untuk memastikan jumlah tenaga pengajar yang mencukupi untuk semua sekolah. - Gambar hiasan

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

Pelarasan gaji penjawat awam kurangkan trend guru bersara awal
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji yang lebih baik dijangka dapat mengurangkan trend guru bersara awal pada masa kini.

KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal
KPM memandang serius isu guru bersara awal namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada mereka membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.

Faktor menarik dan menolak, main peranan pendidik bersara awal - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha mengurangkan jurang permohonan warga pendidik bersara awal.

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.

Guru bersara awal punca sekolah mengalami kekurangan guru - Mah Hang Soon
Mah Hang Soon berkata, KPM bagaimanapun sentiasa komited melaksanakan pelbagai usaha berterusan bagi mengatasi masalah kekurangan guru.