SHAH ALAM: Seorang guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah wang sewaan mesin layan diri berjumlah RM3,600 di sebuah sekolah di Klang dekat sini antara 2017 dan 2019.
Bagi kesemua pertuduhan, Roslan Zakaria, 48, melakukan perbuatan itu dengan tidak mengkreditkan wang tersebut ke dalam akaun Kumpulan Sumbangan Wang Awam (SUWA) dan menggunakan wang berkenaan untuk diri sendiri di cawangan Maybank Islamic Bhd Bandar Baru Sungai Buloh, antara 9 Mac 2017 dan 10 Feb 2019.
Roslan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Bagaimanapun, Roslan yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh menanggung isteri serta tiga anak yang masih bersekolah.
Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi ketujuh-tujuh pertuduhan dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan pada setiap bulan.
Mahkamah juga menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. -Gambar hiasan/Pexels
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Angka kematian kebakaran hotel Turkey meningkat ke 76 orang
76 maut dalam kebakaran resort ski Bolu, Turkey. Pihak berkuasa jalankan ujian DNA, 9 individu ditahan. Punca kejadian masih disiasat
Trump mulakan penggal baharu, populariti 47 peratus
Seramai 47 peratus rakyat Amerika menyokong kepimpinan Donald Trump semasa beliau memulakan penggal baharu di Rumah Putih minggu ini, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai pada Selasa.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Qatar mahu PM kembali mentadbir di Gaza
PM Qatar menyeru Pihak Berkuasa Palestin kembali mentadbir Gaza selepas perang, menegaskan hanya penduduk Gaza berhak menentukan masa depan wilayah itu.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Lebih 2,400 trak bantuan masuki Gaza
Hampir 900 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Selasa, hari ketiga gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tiada isu penjarahan besar berlaku.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal
Muhannad Hadi, wakil PBB, gembira melihat penduduk Gaza mula bersihkan kawasan dan kembali ke tempat asal tanpa bergantung kepada bantuan kemanusiaan.
WEF 2025: Malaysia belum ada keperluan mendesak guna tenaga nuklear - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum ada “keperluan mendesak” untuk menerima guna tenaga nuklear kerana masih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG). Bagaimanapun, beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendigitalan merupakan "komponen yang tercicir" dalam semua perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia sebelum ini.
Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.
Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.