KOTA KINABALU: Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pitas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran pembekalan alatan keperluan sekolah berjumlah RM9,667, empat tahun lepas.
Tertuduh, Abd Rasad Sadikir @ Sadikil, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu nota minta bagi mendapatkan pembayaran bekalan peralatan bimbingan kaunseling, peralatan kertas ujian sekolah, peralatan pusat sumber sekolah dan peralatan pejabat sekolah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat am di Sekolah Kebangsaan Manggis/Mangkubou, Pitas antara Oktober hingga Disember 2018.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi empat pertuduhan bersubahat, Abd Rasad didakwa bersubahat dengan membantu kontraktor Rasnah Majuan, 48, mengemukakan dokumen palsu iaitu pesanan sekolah dan invois Syarikat Pemborong Bina Dana berjumlah RM9,667 untuk menipu bagi tujuan mendapatkan pembayaran.
Kesalahan mengikut Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 471 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama itu dilakukan di lokasi sama, sekitar November hingga Disember 2018.
Sementara itu, Rasnah turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mengikut seksyen sama kerana bersubahat mengemukakan dokumen palsu berkenaan bersama Abd Rasad.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rekhraj Singh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Tertuduh, Abd Rasad Sadikir @ Sadikil (kiri) dan Rasnah Majuan hadir di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019
Seorang guru besar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung Bayaran Bantuan Awal Persekolahan.

Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.