SETIU: Seorang guru dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Sugani Yasin, 51, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh dekat Permaisuri di sini, dikatakan telah menaiki bot dari Kampung Fikri ke lokasi tersebut bersama 14 rakannya yang lain.
Seorang rakan mangsa, Khairul Azri Abdullah, 44, berkata mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu 10 orang turun menarik pukat, manakala dia bersama empat lagi rakan termasuk mangsa berjalan di kawasan berkenaan kerana air sedang surut.
"Saya jalan di belakang sekali... keadaan memang gelap, air hanya di paras lutut kami sahaja, tapi tiba-tiba kami semua terjatuh ke dalam lubang air yang berpusar.
"Saya hanya sempat selamatkan tiga orang dan hilang tenaga, sudah tak berdaya untuk selamatkan Sugani yang hilang dihanyutkan arus.
"Kemudian kami terus buat panggilan kecemasan kepada polis dan bomba," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 tengah malam tadi dan pasukan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian.
"Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan 42 anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 orang awam sehingga kini masih belum menemui mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Operasi SAR seorang guru yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk. -Astro AWANI

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Guru hilang ketika memukat ditemukan lemas
Mayat Sugani Yasin, 51, ditemukan jam 12.22 tengah malam tadi.

Guru dihanyut arus sungai dikhuatiri lemas di Setiu
Sugani Yasin yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh dekat Permaisuri dikatakan telah menaiki bot dari Kampung Fikri ke lokasi tersebut bersama 14 rakannya yang lain.