KULIM: Seorang guru lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan dilaporkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mangsa seorang guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang berusia 54 tahun dikatakan pergi ke satu lokasi bersama rakannya.
Katanya, ketika itu guru berkenaan didatangi beberapa individu dan telah tercetusnya pergaduhan.
“Mangsa bagaimanapun dibawa pulang ke rumahnya di Lunas oleh rakannya dalam keadaan cedera.
“Isteri mangsa yang bimbang dengan tahap kecederaan mangsa telah meminta rakan suaminya membawa mangsa ke ke Hospital Kulim pada jam 9.15 malam Rabu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelas Suresh, menurut doktor mangsa mengalami patah tengkuk dan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi Khamis.
Katanya, kini polis sedang menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa.
“Siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 28 2022

Seorang guru lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan dilaporkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, hari ini. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Guru berdepan empat tuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun.

Guru dilapor maut selepas terlibat dalam pergaduhan
Seorang guru lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan dilaporkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, hari ini.

Guru ditahan kes cabul murid perempuan 12 tahun
Seorang guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Langkawi, ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun.