Gagal mendapat maklum balas pihak sekolah setelah aduan dibuat mendorong dua murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di sini membuat laporan polis bahawa mereka telah dicabul.
Lebih menyedihkan, mangsa mendakwa dicabul oleh guru mereka sendiri.
Susulan laporan, sepasukan anggota siasatan jenayah Serian telah bertindak menahan guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Menyan, dekat sini, pada jam tiga petang tadi bagi membantu siasatan.
Suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk memberi keterangan.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan tangkapan memberitahu penahanan dilakukan di bawah Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di Mahkamah Samarahan," katanya lagi.
Berdasarkan laporan mangsa, pada bulan Mei lalu, mangsa pertama iaitu seorang murid lelaki Tahun 5 yang berumur 10 tahun 11 bulan telah dipanggil oleh suspek ke Pejabat Hal-Ehwal Murid sekolah berkenaan.
"Suspek kemudian telah mengunci pintu bilik sebelum mencabul mangsa.
Pada Ogos lalu, suspek sekali lagi mengulangi perbuatannya.
"Kali ini, mangsanya adalah seorang murid Tahun 5 lain yang berumur 10 tahun 9 bulan.
"Mangsa telah dibawa ke dalam bilik stor di sekolah yang sama dan suspek cuba mencabulnya, namun sempat dihalang sebelum mangsa melarikan ke dalam kelas.
Kata Dev, keluarga kedua-dua mangsa mendakwa telah mengadu perkara ini kepada pihak sekolah namun tiada tindakan atau maklum balas diterima.
"Justeru mereka bertindak nekad untuk membuat laporan kepada pihak polis hari ini," katanya lagi.
Rudi Affendi Khalik
Mon Oct 02 2017

Gagal mendapat maklum balas pihak sekolah setelah aduan dibuat mendorong dua murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di sini membuat laporan polis bahawa mereka telah dicabul. -Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan
Polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.

Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Seorang guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalahatas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam.

Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan dua murid
Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.

Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid
Hamdi dilapor mula bertindak berani sekitar 2013 apabila dia mula meraba dan menggosok kemaluan pelajarnya.

25 murid perempuan dicabul guru ketika 'diruqyah'
Kejadian didakwa berlaku di tempat dan waktu yang berbeza, termasuk ketika murid menjalani kegiatan perkhemahan di luar sekolah.

Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian
Susulan laporan, sepasukan anggota siasatan jenayah Serian telah bertindak menahan guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Menyan.