TELUK INTAN: Seorang guru sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sejak Julai hingga September tahun lepas.
Mohd Faizal Amir, 32, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Lelaki itu didakwa atas 10 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan 22 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas tujuh pelajar lelaki berusia 14 hingga 16 tahun, di rumah warden di sebuah sekolah menengah di Tapah antara 28 Julai dan 28 Sept 2020.
Bagi kesalahan seks luar tabii, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan untuk pertuduhan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) Akta sama, yang kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.
Intan Nurul Farena membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM55,000 dengan seorang penjamin atas semua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu, tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, serta menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Farid Wajdi Hanif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Mohd Faizal Amir mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. - Gambar hiasan
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.
Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.
PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.
Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Seorang guru didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU).
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.