KUALA LUMPUR: Guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang dilantik pada 29 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini bakal dilantik ke jawatan tetap sekiranya memenuhi syarat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata guru terbabit perlu memenuhi syarat penilaian Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) pada tahap mahir (proficient) iaitu CEFR C1 dan lulus temu duga.
"Pegawai ini akan dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi guru yang tidak memenuhi syarat CEFR C1, Radzi berkata SPP akan turut menemu duga mereka untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41, tetapi perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Beliau berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di negara ini perlu mahir dan fasih berbahasa Melayu serta mahir berbahasa Inggeris pada tahap "independent proficiency" mengikut takrifan CEFR.
Radzi berkata berikutan itu, mulai tahun ini urusan pengambilan PPP baharu bagi opsyen BI perlu mengambil kira penguasaan Bl calon pada tahap mahir, iaitu tahap CEFR C1.
"Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi guru BI bagi memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini secara langsung meningkatkan tahap penguasaan murid dalam BI seperti yang diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022

Radzi berkata guru terbabit perlu memenuhi syarat penilaian Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) pada tahap mahir (proficient) iaitu CEFR C1 dan lulus temu duga. - Gambar fail/BERNAMA

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Guru interim Bahasa Inggeris dilantik tetap jika penuhi syarat, lulus temu duga - Radzi
Guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang dilantik pada 29 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini bakal dilantik ke jawatan tetap sekiranya memenuhi syarat.