KULIM: Seorang guru lelaki dari salah sebuah sekolah di Kulim kerugian lebih RM54,000 selepas ditipu individu yang menawarkan tawaran kerja secara dalam talian.
Mangsa berusia 26 tahun itu tertarik dengan iklan di sebuah laman sosial Facebook pada 25 Disember lalu kira-kira jam 2 petang berkaitan tawaran kerja sambilan di sebuah syarikat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan mangsa menerima satu pautan dan disambungkan ke satu nombor WhatsApp milik seorang individu.
Beliau berkata, pengadu iaitu mangsa kemudian berurusan melalui WhatsApp dengan seorang individu yang memperkenalkan diri dengan nama Nurul Nabila.
Individu itu juga mengaku wakil sebuah syarikat dan disambungkan ke satu kumpulan WhatsApp.
"Sewaktu pengadu berada dalam kumpulan WhatsApp berkenaan, seorang individu kemudian menghantar satu nombor telefon iaitu 01169659280.
"Pengadu kemudian menghantar WhatsApp pada nombor berkenaan dan individu terbabit memperkenalkan diri dengan nama Jefri yang mengaku sebagai pegawai khidmat pelanggan," katanya kepada Astro AWANI.
Kamarul Zaman berkata, Jefri kemudian menerangkan kepada pengadu bahawa pengadu perlu menaikkan jualan yang dijalankan oleh syarikatnya dengan menekan butang klik di satu aplikasi Zalora.
Beliau berkata, pengadu akan menerima link dari Jefri, dan perlu masuk melalui link terbabit selain perlu menekan pautan barang berkenaan ke dalam troli pautan Zalora pengadu.
"Kemudian pengadu perlu menangkap layar skrin barang berkenaan serta menghantar kepada Jefri dan perlu membuat bayaran bagi harga barang yang dipaparkan.
"Susulan daripada itu, pengadu membuat bayaran sebanyak 21 kali transaksi ke lima akaun bank yang berbeza," katanya.
Kamarul Zaman berkata, sejurus selepas pengadu membuat bayaran itu, dia mendapati talian telefonnya dengan individu terbabit sudah disekat.
Berikutan itu, pengadu yang mengalami kerugian lebih RM54,000 kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Dec 29 2021
Mangsa berusia 26 tahun itu tertarik dengan iklan di sebuah laman sosial Facebook pada 25 Disember lalu.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ia menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan mencarum insurans masih rendah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.