KOTA BHARU:Seorang guru agama berusia 32 tahun ditangkap di sebuah madrasah di Kampung Awah, Machang, petang Rabu, selepas polis menerima laporan tindakan melakukan kelucahan melampau termasuk meraba kemaluan ke atas mangsa lelaki.
Mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun itu membuat laporan polis ke atas guru berkenaan yang cuba mencabulnya dengan mencium pipi dan mengesel kemaluan di paha mangsa di sebuah hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, laporan berkenaan diterima daripada mangsa di Balai Polis Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Menurut beliau, mangsa dan guru berkenaan dikatakan keluar sekitar pukul 11 malam, 15 Disember lepas dengan menaiki sebuah kereta yang di pandu suspek.
"Pada 16 Disember, jam lebih kurang 1.15 pagi, suspek telah menghantar mangsa ke bilik sebuah hotel, semasa berada di dalam bilik tersebut, suspek bertindak mencabul mangsa.
"Suspek bertindak mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluanya ke paha mangsa" katanya.
Shafien menjelaskan, mangsa yang masih bujang mengenali suspek dua hari sebelum kejadian di sebuah kompleks beli-belah di bandar Kota Bharu.
"Tangkapan sudah dilakukan ke atas suspek di sebuah pondok agama di Machang dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan," tambahnya lagi.
Vivi Sumanti
Thu Dec 17 2020

Datuk Shafien Mamat berkata, guru berusia 32 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas seorang lelaki yang juga ahli perniagaan berusia 30 tahun.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Guru madrasah didakwa lakukan kelucahan dan amang seksual terhadap bekas pelajar
Seorang guru madrasah mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan lucah dan amang seksual terhadap bekas pelajarnya dua tahun lalu.

Guru madrasah ditangkap kerana mencabul kaum sejenis
Guru berusia 32 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas seorang lelaki yang juga ahli perniagaan berusia 30 tahun.

Guru madrasah bertopengkan syaitan
Taktik licik seorang guru madrasah berpindah randah dan kerap menukar nombor telefon bagi mengelak dikesan gagal, apabila dia dicekup polis.