HULU SELANGOR: Seorang guru Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 maut selepas kenderaan dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Kilometer 7.5 jalan pintasan Rawang menghala ke Serendah, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, lelaki berusia 39 tahun itu dalam perjalanan pulang rumah dari Hospital Selayang.
"Mangsa sedang menjalani dialisis, dia ke Hospital Selayang untuk ambil darah, sebelum pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Faizal berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa memandu kenderaan pelbagai guna jenis Proton Ertiga seorang diri telah hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di sebelah kiri jalan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
"Mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan terbabit diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 12 2023

Keadaan kereta yang dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di KM7.5 jalan pintasan Rawang menghala ke Serendah, Hulu Selangor pada Selasa. - Foto Sinar Harian
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Guru, pelajar maut ditembak di sebuah sekolah di Amerika
Suspek yang juga remaja perempuan di sekolah sama turut maut di lokasi kejadian.

Nahas rombongan guru: Mangsa ketiga meninggal dunia
Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.

Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan
Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarham Hasnatul Adila Hasan dan pemandu yang meninggal dunia.

Guru antara tiga maut nahas dua kenderaan
Guru antara tiga yang maut dalam nahas berlaku di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 pada pagi Isnin.

Guru ditemui meninggal dunia lebih seminggu dalam rumah sewa
Seorang guru wanita ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru pada Isnin.

Guru maut, MPV terbabas langgar tiang lampu
Seorang guru Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 maut selepas kenderaan dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu.

Guru maut, kemalangan dalam perjalanan ke sekolah
Seorang guru meninggal dunia setelah terlibat kemalangan di Kampung Melayu, Panchor ketika dalam perjalanan mengajar ke SK Kundang Ulu, Ledang.

Guru wanita maut, rempuh treler buat pusingan U
Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandu merempuh belakang sebuah treler yang membuat pusingan U dalam kejadian di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Wanita direman bantu siasatan kes guru maut
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang guru lelaki yang dipercayai telibat dalam satu pergaduhan.

Guru maut kereta bertembung pacuan empat roda KKM
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Nurul Izzah Fatinah Ismail, 31, yang memandu Perodua Kenari meninggal dunia di lokasi kemalangan.