KUALA LUMPUR: Kerjaya guru bukan sekadar tertumpu kepada penyampaian ilmu, tetapi ia mendesak para pendidik menjadi ikon penting dalam membentuk kemenjadian murid dengan keperibadian unggul, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata peranan mereka sebagai pembimbing penting dalam usaha melahirkan generasi bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi memiliki nilai sahsiah dan berkemahiran tinggi yang seterusnya dapat menabur bakti kepada kesejahteraan negara.
"Ini dapat dilaksana melalui penjiwaan, penghayatan dan pembudayaan berterusan elemen nilai murni, kemahiran serta sikap positif yang diterapkan secara semula jadi di sekolah," katanya dalam Perutusan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-51 Tahun 2022, pada Ahad.
Sambutan Hari Guru disambut 16 Mei setiap tahun.
Justeru, Radzi berharap warga pendidik dapat terus meningkatkan usaha dalam membentuk keperibadian murid daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi bertepatan tema Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA'.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat 14 elemen SEJAHTERA terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA, iaitu selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.
Katanya, guru dapat menyampaikan penerapan elemen itu melalui pelbagai aktiviti di dalam dan luar sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Penerapan elemen SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan tentunya akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya diwarisi oleh generasi pewaris negara yang berikutnya," katanya.
Tema Hari Guru tahun ini juga menurut Radzi, sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi.
"Akhir kata, semoga guru dan pendidik sekalian terus bersatu hati dan bertekad untuk memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan generasi pewaris negara. Ayuh, laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan berintegriti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
![Guru perlu jadi ikon dalam membentuk keperibadian murid - Radzi Guru perlu jadi ikon dalam membentuk keperibadian murid - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649346799_RadziJidin.jpg)
Radzi berharap warga pendidik dapat terus meningkatkan usaha dalam membentuk keperibadian murid daripada pelbagai latar belakang. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715869703_TBhariguru.jpg)
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
![Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710143866_GuruSekolah.jpg)
Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar
Dalam zaman yang semakin moden menyaksikan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid.
![Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023 Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684365470_AwangSariyan.jpg)
Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.
![Hari Guru: PM Anwar harap guru bantu lonjak martabat negara Hari Guru: PM Anwar harap guru bantu lonjak martabat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684217582_TBDATUKSERIANWARIBR.jpg)
Hari Guru: PM Anwar harap guru bantu lonjak martabat negara
Perdana Menteri merayu golongan pendidik untuk memberi kesempatan baharu serta membantu kerajaan dalam melonjakkan semangat rakyat dalam membawa negara ke peringkat tertinggi.
![Minat generasi baharu dalam bidang teknologi masih lemah - PM Anwar Minat generasi baharu dalam bidang teknologi masih lemah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684215723_AnwarIbrahim.jpg)
Minat generasi baharu dalam bidang teknologi masih lemah - PM Anwar
Kerajaan menggesa Kementerian Pendidikan untuk mencari jalan terbaik khusus bagi mendidik dan melatih minat generasi baharu dalam bidang teknologi dan sains yang dilihat masih lemah.
![Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684212350_TBmcdhariguru.jpg)
Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru
Inisiatif baharu itu turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.
![Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru - Fadhlina Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684129238_TBFadhlinaSidek.jpg)
Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung esok.
![JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655435368_TBcikgu.jpg)
JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.
![Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652862529_menterikananpendid.jpg)
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.
![Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652714002_harigurutokohgur.jpg)
Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara
Dua anugerah diberikan kepada warga pendidik atas jasanya yang membawa perubahan dan kecemerlangan.