SEREMBAN: Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 52 tahun itu telah dimasukkan ke sebuah kumpulan Telegram dan ditawarkan pakej pelaburan dalam tempoh perdagangan tiga hingga enam jam yang akan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 setelah selesai tempoh masa perdagangan tersebut.
"Mangsa memilih pakej 1 iaitu membayar sebanyak RM1,000 dengan pulangan RM16,000 dalam tempoh masa perdagangan tiga hingga enam jam. Tertarik dengan tawaran tersebut, lelaki berkenaan melakukan bayaran sebanyak RM1,000 ke akaun bank tempatan milik seorang individu pada hari sama.
"Pada 18 hingga 19 April, mangsa telah membuat empat kali transaksi berjumlah RM44,500 ke beberapa akaun bank tempatan milik syarikat dan individu lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa yang sudah membuat transaksi itu, sekali lagi diminta membuat bayaran sebanyak RM27,500 sebelum RM82,500 didakwa akan dimasukkan ke akaunnya.
Hoo berkata mangsa yang berasa telah ditipu membuat laporan polis semalam dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, Hoo berkata seorang jurujual lelaki berusia 30 tahun dari Bahau kerugian RM20,000 selepas terpedaya dalam sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan kegiatan dadah.
"Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki pada 16 April lepas dan panggilan itu didakwa disambungkan kepada pegawai polis bagi menjalankan siasatan terhadap mangsa," katanya.
Beliau berkata lelaki itu yang mengikut arahan suspek telah mendedahkan semua butiran akaun bank kepada individu tidak dikenali tersebut serta mangsa yang berasa curiga lalu membuat semakan ke dalam akaun banknya dan mendapati wang telah berkurangan sebanyak RM20,000.
Hoo berkata mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis pada Selasa lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Mangsa ditawarkan pakej pelaburan dalam tempoh perdagangan tiga hingga enam jam.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.
Kepincangan, penyakit sosial berlaku kerana manusia sudah hilang adab
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki sistem perundangan tidak membawa sebarang makna.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.