KOTA MARUDU: Seorang guru kerugian RM9,900 selepas menyerahkan nama dan kata laluan perbankan internet miliknya kepada orang tidak dikenali susulan terlalu khuatir didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram.
Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Mac lalu, mangsa lelaki berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pemanggil memaklumkan kepada mangsa, dia mempunyai tunggakan cukai syarikat, menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Zairolnizal Ishak.
Mangsa kemudian diarahkan menghubungi satu lagi nombor yang mengaku sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
"Individu yang mendakwa kononnya pegawai polis itu kemudian memaklumkan nama mangsa telah terbabit dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
"Lalu, mangsa diminta memberikan maklumat akaun peribadi miliknya.
"Oleh kerana berasa takut dan panik, mangsa mengikut arahan yang diberikan sehingga memberikan maklumat nama serta kata laluan akaun bank miliknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zairolnizal berkata, pada 21 Mac lalu, mangsa membuat semakan dalam talian ke atas akaun miliknya dan mendapati terdapat transaksi dilakukan daripada akaunnya kepada akaun milik individu yang tidak dikenali, membabitkan nilai RM9,900.
"Menyedari ditipu, mangsa kemudian tampil buat laporan polis di atas kehilangan wang dalam akaun miliknya, pada 22 Mac lalu," katanya lagi.
Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Eleanor Michelle Patrick
Thu Mar 24 2022

Menyedari ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di atas kehilangan wang dalam akaun miliknya pada 22 Mac lalu.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Lelaki tempatan ditahan menyamar polis, samun keluarga warga asing
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang.

Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.

Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Dua ditahan peras ugut, menyamar polis sasar warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes pemerasan dan penyamaran sebagai anggota polis di Bandar Tenggara di sini semalam.

Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.

Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pengurus syarikat kerugian RM108,750 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.

Dua individu menyamar polis samun warga Myanmar dipenjara setahun, tiga sebatan
Dua individu hari ini dihukum penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Myanmar dua bulan lepas.

Empat rakan didakwa rompak berkumpulan, menyamar sebagai polis
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hampir sebulan baru sedar ditipu 'Inspektor Hazizi'
Mangsa berusia 36 tahun itu hanya sedar dirinya ditipu setelah hampir sebulan dan melakukan tujuh pindahan wang ke enam bank berbeza.