Seorang guru meninggal dunia di kaki lima berhampiran sebuah bank di sini, petang Selasa.
Mangsa, Mohamed Zaidi Mamat, 36, beralamat di Felda Chiku 01, Gua Musang, berkhidmat sebagai guru di Kolej Vokasional Shah, Kuala Lipis, Pahang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu dimaklumkan orang awam.
Katanya, pihaknya dimaklumkan mangsa mengalami sesak nafas di hadapan pejabat sebuah ejen penerbangan umrah.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk tindakan lanjut.
"Bedah siasat dijalankan pada jam 10 malam mendapati kematian berpunca daripada serangan jantung dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya.
Difahamkan, mangsa baharu sahaja tiba di pejabat berkenaan selepas pulang dari Kuala Lipis dan singgah bagi menyelesaikan urusan penerbangan umrah di bawah kendalian syarikatnya.
Sinar Harian
Tue Oct 08 2019

Mangsa mengalami sesak nafas di hadapan pejabat sebuah ejen penerbangan umrah.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir di Gua Musang, 393 dipindahkan
Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan kampung yang terletak berhampiran sungai di daerah Gua Musang, Kelantan dilanda banjir, hari ini.

Guru sesak nafas, meninggal dunia selepas selesai urusan umrah
Mangsa, Mohamed Zaidi Mamat, 36, beralamat di Felda Chiku 01, Gua Musang, berkhidmat sebagai guru di Kolej Vokasional Shah, Kuala Lipis, Pahang.

12 ketua PDM DUN Paloh letak jawatan
Semua 12 ketua PDM Dewan Undangan Negeri Paloh meletakkan jawatan selain enggan membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional selepas bekas ADUN Paloh, Datuk Nozula digugurkan pada PRU14.