BUTTERWORTH: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mewujudkan hab industri perkayuan untuk membantu pengusaha industri itu menyelesaikan isu kos pengurusan kilang.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, pengusaha kilang perkayuan di sini berdepan masalah kos pengurusan disebabkan realiti Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi dan maju.
"Di sini saya melihat ada keperluan untuk kita menyelesaikan masalah itu dan saya akan minta Majlis Kayu-Kayuan Malaysia (MTC) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk lakukan kajian," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama industri perkayuan Malaysia di sini pada Jumaat.
Beliau berkata hab itu juga bertujuan memperkembang industri perkayuan di wilayah ini.
Mohd Khairuddin berkata Pulau Pinang memiliki lebih 100 pengusaha industri perkayuan dan mereka amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk terus maju.
"Industri kayu-kayan telah menyumbang kepada pendapatan nilai eksport sebanyak RM22.02 bilion tahun lepas dan Pulau Pinang menyumbang sebanyak 5.3 peratus atau RM1.16 bilion," katanya.
Mohd Khairuddin juga berkata semua industri komoditi negara termasuk perkayuan merupakan sektor yang diuruskan secara mampan.
Beliau berkata industri perkayuan bukanlah punca berlakunya perubahan iklim.
"Kita amat bertuah kerana lebih 50 peratus keluasan di negara ini masih diliputi hutan yang merupakan antara ekosistem hutan yang tertua di dunia dan kita juga ada 50 peratus hutan simpan," katanya.
Mohd Khairuddin berkata Majlis Persijilan Kayu Malaysia adalah agensi yang memantau industri itu supaya mengikut kepiawaian mampan ditetapkan dan mana-mana syarikat yang gagal mematuhinya tidak dibenarkan mengeksport produk mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Mohd Khairuddin (kanan) ketika menghadiri dialog bersama pemain industri perkayuan Pulau Pinang di Butterworth, 7 Mei, 2021. --fotoBERNAMA
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Hab industri perkayuan bakal diwujud untuk selesai isu kos urus kilang - KPKK
Berdasarkan maklum balas yang diterima, pengusaha kilang perkayuan di sini berdepan masalah kos pengurusan disebabkan realiti Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi dan maju.