IPOH: Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Pendakwah terkemuka, Datuk Mohammad Kazim Elias berkata, pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah merupakan satu inisiatif yang amat baik dilaksanakan Kementerian Pendidikan.
Menurutnya, bagaimanapun penerangan dan huraian terhadap maksud hadis tersebut harus dilakukan betul supaya pelajar benar-benar memahami dan bukan membaca terjemahan sahaja.
"Kalau boleh hadis-hadis ini diajar bukan setakat orang Islam tetapi orang bukan Islam juga bagus belajar sebab cerita hadis itu tetang kemanusiaan, berbuat baik dengan orang tua, buat baik dengan orang miskin dengan anak-anak yatim dan sebagainya.
"Cuma kena ada guru yang mengajar betul-betul. Kalau dapat dilaksanakan pengajaran hadis 40 itu, masyarakat di Malaysia semakin tahu tentang Islam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Gugusan Manjoi pada Sabtu.
Mohammad Kazim berkata, mengenai salah satu hadis yang menjadi pertikaian beberapa pihak bukan Islam, hadis tersebut tidak membawa maksud membunuh tetapi mempertahankan diri.
Menurutnya, disebabkan itu hadis berkenaan tidak boleh ditafsir melulus dengan hanya membaca terjemahan sahaja tetapi perlu dihurai untuk kefahaman sebenar.
"Maksud dalam bahasa Arab sangat luas satu perkataan membawa pelbagai maksud dan ini gunanya penerangan di sekolah. Kalau sekolah diajar penerangan yang betul, pelajar akan faham Islam dengan betul, cuma orang sekarang tak faham hanya tengok terjemahan hadis semata-mata sebagai contoh hadis kelapan.
"Maksud hadis itu bukan membunuh tetapi mempertahankan diri. Dalam terjemahan menggunakan perkataan memerangi, jadi orang bukan Islam anggap Islam pengganas. Maksud sebenar hadis itu, kalau negara Islam diserang oleh musuh hendaklah kamu mempertahankan negara kamu," katanya.
Sebelum ini beberapa portal melaporkan dakwaan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi.
Pada 19 Ogos lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.
Modul tersebut akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.
Modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan khususnya untuk memastikan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 09 2023

Mohammad Kazim berkata, pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah merupakan satu inisiatif yang amat baik dilaksanakan Kementerian Pendidikan. - Gambar fail

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Tiada arahan halang individu tertentu beri kuliah di Pulau Pinang - Exco
Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.

Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.

'Beri perhatian sektor pelancongan Muslim' - Ustaz Kazim
Kerajaan Perak disaran memberi perhatian terhadap sektor pelancongan Muslim yang mempunyai potensi besar merancakkan kehadiran pelancong ke negeri ini menjelang Tahun Melawat Perak 2024.

Menimba ilmu agama di sekolah pondok pilihan warga emas
Sejak kebelakangan ini, ramai warga emas memilih untuk tinggal di sekolah pondok.

PRU15: Umum calon BN mungkin punca larangan berceramah di Pulau Pinang - Ustaz Kazim
Ustaz Kazim Elias tidak menolak kemungkinan pengumuman awal beliau sebagai calon BN PRU15 mungkin menjadi antara punca larangan berceramah di Pulau Pinang.

Ustaz Kazim sudah sihat, muka tidak lagi luka, berdarah
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya.

PRU15: Demi wasiat ibu, maafkan saya - Ustaz Kazim
Ustaz Kazim memohon maaf kepada pengundi dan penyokong Barisan BN di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital
Doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.

Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.

Ustaz Kazim dibenarkan keluar dari hospital
Adiknya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.