PELAKON Hafidz Roshdi, 29, sudah ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu.
Peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader dihubungi berkata, pelakon itu sudah pun ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan, namun belum ada keputusan dikeluarkan.
"Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
"Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga sama ada Hafidz boleh bertemu anak-anaknya dalam tempoh rawatan, Akberdin berkata, anak guamnya itu tetap boleh berjumpa cahaya matanya dan tiada halangan untuk berbuat demikian.
Terdahulu, perintah agar Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Fri Mar 31 2023

Pelakon Hafidz Roshdi sudah ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.

Cedera bekas isteri: AGC tolak representasi pelakon Hafidz Roshdi
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Jan depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, hadir pada prosiding berkenaan.

Pendakwaan mahu teruskan kes Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri
Pihak pendakwaan berhasrat untuk meneruskan kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukhri.

Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi, mahkamah tetap tarikh akhir kes
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya memberitahu pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul
Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan.

Hafidz Roshdi pasrah terus dicemuh
Aktor Hafidz Roshdi bersikap terbuka sekiranya terus menjadi sasaran cemuhan atau kebencian masyarakat selepas ini.

“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.

'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.

Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.

Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.