KUALA TERENGGANU: Individu yang memelihara haiwan mahal sebagai hobi mewah tidak layak memohon bantuan daripada Tabung Bencana Pertanian Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kebiasaannya, hobi seperti itu dilakukan oleh mereka yang berkemampuan dari segi kewangan.
"Contoh haiwan mahal ini seperti arnab import berharga lebih RM3,000 seekor, ayam serama atau ikan hiasan berharga ribuan ringgit seekor.
"Haiwan mahal ini tidak dikategorikan dalam industri ternakan yang menjana sumber bekalan makanan negeri, yang menjadi hala tuju pertanian Terengganu. Oleh itu, saya cadangkan haiwan mahal ini perlu dilindungi insurans," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata pihaknya ada menerima permohonan daripada pemilik haiwan mahal baru-baru ini, namun tidak diluluskan kerana tiada peruntukan sesuai bagi membayar ganti rugi kematian 20 ekor arnab dengan nilai kerugian melebihi RM60,000.
"Tabung Bencana Pertanian Terengganu berfungsi sebagai tabung untuk bantu warga tani, penternak dan nelayan bangkit semula apabila dilanda musibah yang menyebabkan kerugian kepada sumber mata pencarian mereka.
Ia bukan bersifat ganti rugi kerana peruntukan daripada kerajaan negeri tidaklah besar, hanya RM1 juta setahun bagi menyantuni tiga sektor utama pertanian, penternakan dan perikanan di seluruh negeri sekiranya mereka ditimpa bencana," katanya.
Sehingga kini, seramai 679 petani, penternak dan nelayan yang ditimpa pelbagai musibah telah menerima manfaat daripada tabung tersebut dengan nilai keseluruhan RM588,000.
Daripada jumlah itu, 496 orang adalah warga tani dengan sumbangan berjumlah RM301,000, diikuti 89 penternak (RM153,000) dan 94 nelayan (RM134,000).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021

Dr Azman berkata pihaknya ada menerima permohonan daripada pemilik haiwan mahal baru-baru ini, namun tidak diluluskan. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Haiwan mahal dipelihara sebagai hobi tidak layak mohon ganti rugi
Individu yang memelihara haiwan mahal sebagai hobi mewah tidak layak memohon bantuan daripada Tabung Bencana Pertanian Terengganu.