ARAFAH: Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Ketika menyampaikan Khutbah Arafah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perlaksanaan ibadah itu bukan sahaja mewujudkan keghairahan beribadah tetapi juga telah memupuk semangat persaingan sihat.
"Apabila kita pulang ke tanah air kelak hendaklah kita mengambil pengalaman daripada haji ini. Ia sebagai titik perubahan bagi menamatkan saki-baki kehidupan kita dengan memelihara segala perintah Allah dalam kesatuan iman, ibadah, pergaulan, jual beli dan bermuamalah hendaklah semuanya berlandaskan syariat Islam yang lengkap dan syumul," katanya.
Beliau berkata jemaah haji juga telah dilatih supaya bersatu serta berganding bahu dan menjalin hubungan yang erat tanpa mengira warna kulit, bahasa dan adat resam sesama saudara Islam.
Katanya, ibadah itu membuktikan bahawa tiada perbezaan sesama manusia dan kebersamaan itu lahir atas kepatuhan kepada Allah.
Idris turut mengingatkan bahawa hawa nafsu sekiranya tidak dikawal, ia akan mendorong manusia ke arah kejahatan dan kemungkaran.
Idris menyampaikan khutbah berkenaan di salah sebuah surau yang terdapat di perkhemahan jemaah haji Malaysia di sini, kira-kira pukul 12.26 tengah hari waktu Arab Saudi.
Sementara itu, selepas selesai Khutbah Arafah jemaah haji melaksanakan solat sunat sebelum solat fardu Zohor dan Asar (jamak takdim secara tamam), seterusnya mengerjakan solat sunat selepas Zohor dan solat sunat Asar.
Ia disusuli dengan talbiah dan zikir yang memberi peluang kepada setiap jemaah haji berdoa serta memohon keampunan.
Wukuf di Arafah adalah kemuncak haji serta merupakan rukun haji yang kedua dan selepas ini jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah bagi mengerjakan ibadah haji seterusnya di Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei.
Terdahulu, Idris yang turut diiringi Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin serta Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman sempat melakukan lawatan di sekitar khemah penginapan jemaah.
Beliau turut mengunjungi beberapa jemaah yang uzur dan sakit di khemah khas yang menyediakan perkhidmatan peneman untuk memudahkan urusan mereka.
Perkhidmatan itu telah dilaksanakan sejak lebih 10 tahun lepas oleh TH dan kini seramai 25 jemaah dibenarkan mendapat perkhidmatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022

Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. - BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."