KUALA LUMPUR: Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara.
Presidennya, Suriani Kempe berkata notis rayuan difailkan dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.
Jelas beliau lagi, Family Frontiers berpendirian untuk meneruskan rayuan tersebut selepas melihat komitmen kerajaan yang masih belum mahu membentangkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hak kewarganegaraan diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia.
"Ia dibuat selepas beberapa siri pertemuan yang kami ada bersama dengan pelbagai wakil kerajaan. Bagaimanapun, kami telah menerima berita bahawa kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam masa terdekat dan tiada garis masa diberikan kepada kami.
"Dalam hal itu, sementara proses ini berterusan sudah tentu ibu dan anak-anak terjejas, dan kerana itu kami berasa terdorong untuk meneruskan keputusan kami dan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya dalam sidang akhbar, di sini pada Sabtu.
BACA: Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden
BACA: Isu kerakyatan: Hak secara adil tanpa mengira jantina
Pada 5 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Kamaludin Md Said, membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menafikan kerakyatan kepada anak kelahiran di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berbapakan warga asing.
Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim, Kamaluddin dan Datuk Azizah Nawawi, manakala Datuk S Nantha Balan pula menentang.
Pada 9 September 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing, berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.
Hasimi Muhamad
Sat Aug 27 2022
Presiden Family Frontiers, Suriani Kempe berkata notis rayuan difailkan dalam tempoh 30 hari seperti mana yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan - Foto/Astro AWANI
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
Hak kerakyatan: Family Frontiers fail rayuan, kerajaan tak bentang pindaan
Suriani Kempe berkata notis rayuan difailkan dalam tempoh 30 hari seperti mana yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.