KUALA LUMPUR: 'Ke mana anak saya nak pergi dan bagaimana masa depan anak saya?'
Demikian luahan hati seorang ibu, Ravinder Kor yang merupakan responden kes berhubung kelayakan hak kewarganegaraan kanak-kanak yang ditolak Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.
Menurut Ravinder, dia risau tentang masa depan anaknya yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia tidak lama lagi.
"Saya hanya mahu bertanya kepada Kerajaan dan pihak berkenaan apa nasib anak saya kelak? Anak saya (datang) ke sini dengan menggunakan visa pelancong untuk 30 hari sahaja.
"Saya sudah memohon untuk SPM tapi anak saya tidak dapat visa. Macam mana anak saya mahu belajar dan menduduki SPM, apa masa depan anak perempuan saya?," soalnya lagi.
Ranvir berkata, dia telah mencuba nasib menemui pegawai Imigresen, namun semuanya menemui jalan buntu.
"Saya nak bawa anak saya ke mana, tolong saya, tolong saya," katanya.
Katanya, nasib anaknya seolah-olah tidak terbela dan dia hanya mahukan jawapan yang pasti untuk memudahkan proses anaknya menduduki SPM.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers), Suriani Kempe turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berputus asa dalam memperjuangkan nasib kanak-kanak yang tidak mendapat kewarganegaraan selepas ditolak Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.
Katanyanya, rayuan akan dibuat di Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan kes tersebut diadili oleh panel hakim dan berharap berpihak kepada mereka.
"Keputusan hari ini sangat mengecewakan terhadap kehidupan kanak-kanak yang terus terkesan susulan keputusan hari ini.
"Ini sudah tentu menyedihkan tetapi kami tidak akan berputus asa dan terus berpegang kepada takdir terhadap sistem keadilan di negara ini," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI di pekarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya di sini, pada Jumaat.
Harapannya agar kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia mendapat hak kerakyatan dan keadilan yang sewajarnya.
"Kami teguh berdiri dan percaya satu hari nanti kerajaan akan melihat kaum wanita warganegara Malaysia sama seperti kami melihat diri kami dan setaraf kerakyatan terhadap anak-anak kami yang berhak menjadi warganegara Malaysia seperti yang lain," tambahnya.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi manakala Datuk S. Nantha Balan pula menentang.
Fareez Azman
Fri Aug 05 2022
![Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659686841_TBRESPONDEN.jpg)
Ravinder yang juga ibu serta responden kes mengenai kewarganegaraan kanak-kanak yang ditolak Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini meluahkan rasa sedih mengenai nasib dan masa depan anaknya. - Foto Astro AWANI
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
![14 ahli 'Ayahanda Yie Tiger 99' kekal dipenjara lima tahun 14 ahli 'Ayahanda Yie Tiger 99' kekal dipenjara lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670313634_JudgeHammer.jpg)
14 ahli 'Ayahanda Yie Tiger 99' kekal dipenjara lima tahun
Kesemua tertuduh dengan tangan bergari kelihatan sebak sambil mengucapkan "Alhamdullilah" sejurus hukuman dibacakan.
![Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671095861_TBpakistan.jpg)
Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah
Pada Januari 2021, dua sahabat ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar 626.55 gram methamphetamine.
![Rosmah beri 127 sebab kenapa hukuman ke atasnya perlu diketepi Rosmah beri 127 sebab kenapa hukuman ke atasnya perlu diketepi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660212259_RosmahMansor.jpg)
Rosmah beri 127 sebab kenapa hukuman ke atasnya perlu diketepi
Rosmah menegaskan bahawa antara alasan yang dibangkitkan ialah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada 1 September lalu adalah berat sebelah.
![Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659686841_TBRESPONDEN.jpg)
Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden
Keputusan katanya sangat mengecewakan, lebih lagi terhadap kehidupan kanak-kanak yang terus terkesan susulan keputusan hari ini.
![Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita M'sia tidak layak dapat kerakyatan Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita M'sia tidak layak dapat kerakyatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659526460_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita M'sia tidak layak dapat kerakyatan
Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak dapat kerakyatan.
![Kes basikal lajak: Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini Kes basikal lajak: Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649946379_SamKeTingsel.jpg)
Kes basikal lajak: Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini
Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi.
![Mahkamah Rayuan Putrajaya kendalikan prosiding rayuan secara dalam talian bermula esok Mahkamah Rayuan Putrajaya kendalikan prosiding rayuan secara dalam talian bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609836832_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Rayuan Putrajaya kendalikan prosiding rayuan secara dalam talian bermula esok
Kes pertama membabitkan seorang perayu yang juga banduan yang akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.
![Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507866257_zamihanmatzin.jpg)
Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan
Panel hakim diketuai Datuk Rohana Yusof mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April 2017 lalu.