KUALA LUMPUR: Kes saman difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara, akan didengar oleh hakim yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang peguam dari Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership ketika dihubungi pemberita hari ini, selepas pengurusan kes itu secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon.
Berdasarkan notis yang dikeluarkan Hakim Besar Malaya, JC Quay yang mendengar kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
"Pengurusan kes selanjutnya adalah pada 8 Feb 2022," kata peguam itu.
Pada 7 Mei lepas, 1MDB selaku plaintif memfailkan saman bernilai US$1.83 billion terhadap ketujuh-tujuh defendan, antaranya atas dakwaan melanggar kontrak, cuai dan melakukan konspirasi jenayah bagi penyelewengan dana 1MDB.
Dalam saman itu, 1MDB menamakan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd; syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited, serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarik Isam Ahmed Obaid (Tarik Obaid) dan warga Britain Patrick Andrew Marc Mahony (Patrick Mahony).
Plaintif mendakwa kesemua defendan antara lain berkonspirasi untuk menipu, membantu secara tidak jujur dan menyebabkan kerugian dan kerosakan terhadap 1MDB, serta menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021

Kes saman difailkan oleh 1MDB terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara, akan didengar oleh hakim yang baharu. - Gambar fail/REUTERS
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.

Hakim dan ketua pendakwaan baharu, bicara kes Wan Saiful 22 Ogos ini
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful berhubung Jana Wibawa, bersambung pada 22 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.

Hakim baharu akan dengar kes saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain
Kes saman difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara akan didengar oleh hakim yang baharu.

Hakim baharu akan dengar kes saman 1MDB terhadap Deutsche Bank dan enam pihak lain
Kes saman difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara, akan didengar oleh hakim yang baharu.