Para hakim dan peguam digalakkan menulis jurnal atau laporan tahunan bagi mengembangkan prinsip undang-undang di negara ini, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Arifin berkata bagi mencapai tujuan itu hakim dan peguam hendaklah banyak membaca kerana aktiviti itu adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat.
"Bila anda membaca... otak (terus) berkembang, daripada menonton televisyen, saya mahu cipta sebuah institusi yang budayanya adalah mencintai penulisan," katanya.
Beliau bercakap dalam temu bual khas di Istana Kehakiman di sini pada Isnin sempena persaraannya Jumaat ini.
Arifin mencecah usia 67 tahun Oktober depan.
Menurutnya tabiat suka membaca dan menulis dapat meningkat dan mengembangkan daya imaginasi seseorang, sesuatu kelebihan yang amat diperlukan oleh hakim dan peguam.
"Bila anda membaca anda boleh lihat pada minda anda dan 'visualise' dalam minda, sebab itu membaca amat penting," katanya.
Arifin yang berasal dari Kelantan mula menjawat jawatan sekarang pada 12 Sept 2011 menggantikan Tun Zaki Tun Azmi.
Beliau mula menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai undang-undang di Jabatan Perdana Menteri kira-kira 42 tahun lalu sebelum menjadi majistret pada 1976.
Perjalanan kerjayanya selepas itu menjadikan beliau Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 1988 dan kemudian Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994.
Arifin kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002, Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005 dan Hakim Besar Malaya pada 2008 sebelum dilantik ke jawatan sekarang.
Mengulas lanjut berhubung keperluan tambahan yang diperlukan untuk menjadi seorang peguam yang baik, Arifin berkata pelajar jurusan perundangan wajar mengikuti pengajian kesusasteraan Inggeris.
"Ini bagus untuk meningkatkan keyakinan di kalangan mereka kerana apabila berada di dalam mahkamah mereka perlu yakin untuk berhujah bagi setiap kes di hadapan mereka," katanya.
Ditanya mengenai Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang dikatakan membelenggu sistem perundangan negara kerana perlu merujuk kepada undang-undang Inggeris dan dianggap lapuk, beliau berkata kenyataan itu tidak tepat kerana undang-undang lazim di Malaysia sentiasa berubah mengikut
kesesuaian keadaan di negara ini.
"Sistem Common Law kita tidak semestinya statik, malahan ia berubah dan itu bergantung kepada keadaan semasa.
"Kelebihan Common Law ialah ia fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keadaan," kata beliau. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 27 2017

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika sesi temu ramah khas sempena persaraan beliau pada 31 Mac ini, di Bilik Mesyuarat, Pejabat Ketua Hakim Negara pada Isnin. - Foto Bernama
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Dua hakim maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di luar Mahkamah Agung Tehran - Laporan
Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu.

MTHQA: Elemen penilaian ditambah baik, beri cabaran kepada hakim
Sirajuddin berkata proses penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan khususnya bagi peserta hafazan.

Hakim Mexico lancar mogok nasional bantah reformasi kehakiman Presiden
Hakim dan majistret Mexico mulakan mogok tanpa had terhadap cadangan pembaharuan badan kehakiman oleh Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.

Hakim Mahkamah Sesyen berwibawa dengar kes Sanusi - Pendakwaan
Pihak pendakwaan menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, Selayang amat berwibawa untuk mendengar perbicaraan dua kes Muhammad Sanusi.

Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100
Seorang bekas hakim dan seorang ahli perniagaan sekali lagi gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman
Abdul Rahman berkata, telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa Najib dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.

Kerajaan diberi tempoh dua bulan lagi untuk selesai saman bekas hakim
35 individu dakwa kerajaan gagal menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.

Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.

Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh
Dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai.