Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli yang menghadapi tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Rozina membuat keputusan itu selepas menyedari beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saksi utama kes berkenaan iaitu Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
"Perkara ini saya sedari selepas melihat senarai saksi di mana beliau (Mohamad Salleh) berada dalam senarai saksi ke-13. Walaupun tiada permohonan (untuk saya menarik diri) daripada kedua-dua pihak tetapi lebih elok saya menarik diri untuk kebaikan semua pihak," katanya.
Sehubungan itu, Rozina berkata semua prosiding permohonan akan ditangguhkan sehingga hakim baharu mengambil alih kes ini. Beliau juga memaklumkan bahawa mahkamah akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan hakim yang akan menggantikan beliau dan menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula.
Ini merupakan kali kedua Rozina menarik diri daripada mendengar kes membabitkan pemimpin PKR.
Pada 29 Mei 2013, beliau menarik diri daripada mendengar kes Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perhimpunan program 'Blackout 505' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atas alasan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Dhiyauddin Razali memaklumkan beliau telah menghubungi bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara berhubung hasrat Rozina itu.
"Pihak kami tiada halangan untuk Rozina meneruskan pendengaran kes," katanya. Peguam N.Surendran yang mewakili Mohd Rafizi berkata pihak pembelaan juga tiada bantahan untuk Rozina meneruskan pendengaran kes ini.
Bagaimanapun, Rozina berkata meskipun beliau boleh melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil, tetapi memandangkan terdapat saksi utama yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bapanya, adalah lebih baik beliau menarik diri.
Surendran sebelum itu memohon penjelasan daripada Rozina berhubung kenyataan media oleh NFC pada 5 Mei lepas yang mahukan hakim itu menarik diri daripada mendengar kes ini.
"Saya baca dalam Malaysiakini dan kenyataan itu ditujukan terus kepada hakim," katanya.
Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar permohonan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan untuk merujuk ke Mahkamah Tinggi tiga persoalan perlembagaan berhubung pertuduhan yang dihadapinya.
Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bersama kerani bank, Johari Mohamad.
Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Mohd Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi ialah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun BAFIA telah dimansuhkan dan sama ada dakwaan di bawah BAFIA itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.
Mohd Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012. Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Johari, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Beliau didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama.
Bernama
Fri May 15 2015

Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli yang menghadapi tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Dedah maklumat sulit: Pendakwa raya tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi, Johari
Pihak pendakwaan juga menarik balik rayuan terhadap pembebasan bekas kerani bank, Johari Mohamad daripada pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rafizi.

Bebas hukuman BAFIA, Rafizi tidak mahu aktif politik
Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli tidak berminat untuk kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan buat masa ini.

Kes rayuan BAFIA Rafizi dan Johari 15 Nov ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 November depan untuk keputusan rayuan Rafizi Ramli dan Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mereka mengikut BAFIA, tahun lalu.

BAFIA: Rafizi dipenjara 30 bulan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA.

Rafizi diperintah bela diri kes BAFIA
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Kes BAFIA: Rafizi kini terdesak dan takut dengan pindaan OSA - Azalina
Tindakan Rafizi Ramli mengkritik cadangan pindaan OSA menunjukkan beliau kini terdesak dan takut, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Polis pertahan tindakan siasat SPRM
Datuk Seri Noor Rashid mempertahankan tindakan polis melakukan siasatan dan serbuan ke atas pegawai SPRM baru-baru ini.

'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'
Najib Razak perlu buktikan dakwaannya yang Dr Mahathir dalang di sebalik laporan Wall Street Journal yang mendakwa dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Hakim tarik diri dengar kes BAFIA Rafizi
Hakim Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli.

Permohonan Rafizi ketepikan pertuduhan bawah BAFIA ditolak
Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang.