"Tidak mustahil, akibat hakisan yang tidak berpenghujung, generasi akan datang hanya tahu kewujudan pantai dan bukannya sebuah perkampungan".
Ia antara keluhan penduduk kepada Bernama ketika tinjauan di beberapa perkampungan di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu yang menghadapi masalah hakisan pantai ekoran musim tengkujuh setiap tahun.
Pengerusi Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah, Kuala Terengganu Abdullah Abd Ghani, 58, berkata, kejadian hakisan paling dahsyat pernah berlaku di kawasan berkenaan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Tidak mustahil, suatu hari nanti, generasi akan datang hanya mengetahui tentang kewujudan pantai dengan cerita sejarah semata-mata, jika tiada langkah segera untuk mengekang masalah hakisan yang kian teruk ketika ini," katanya.
Menurut Abdullah, fenomena hakisan pantai berkenaan secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan nelayan yang bergantung sepenuhnya pada hasil laut dan paling membimbangkan ialah bangunan yang menjadi tempat pengumpulan hasil laut, juga akan lenyap jika masalah hakisan tidak dibendung.
Jelasnya, sebagai usaha untuk menyelamatkan bangunan Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah yang menjadi pusat pengumpulan hasil dan stor air batu, dilakukan sendiri pihaknya dengan membina benteng pasir.
Justeru, penduduk berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan membaik pulih tebing pantai yang terhakis dan membina semula benteng pemecah ombak yang lebih kukuh.
Tidur terganggu
Sementara itu, bagi 30 keluarga di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun setiap kali musim tengkujuh dan angin kencang melanda, tidur mereka terganggu sejak empat tahun lalu kerana bimbang rumah dipukul ombak sekali gus menyebabkan hakisan berlaku.
Tinjauan Bernama di kampung berkenaan mendapati beberapa kediaman kini berada pada tahap berbahaya kerana dikhuatiri pada bila-bila masa sahaja ia boleh runtuh sekiranya berlaku ombak besar.
Benteng pemecah ombak yang dibina pada 2014 juga dilihat tidak mampu menahan ombak yang besar kerana batu yang digunakan telah runtuh akibat hakisan.
Seorang penduduk Mohamad Osman, 67, berkata ekoran itu mereka terpaksa memindahkan barangan rumah ke rumah waris terdekat dan menumpang di sana kerana bimbang tentang keselamatan sekeluarga.
"Kami tiada pilihan dan rumah lain untuk berteduh selain menumpang di rumah anggota keluarga kerana bimbang perkara lebih buruk berlaku," katanya.
Zuremi Mohamad, 30, yang menetap di kampung berkenaan 13 tahun lalu, turut mengambil langkah sama dengan menumpang di rumah anggota keluarga terdekat.
"Apabila tiba musim ombak besar, saya sering risau rumah dipukul ombak yang boleh menyebabkan kejadian lebih buruk berlaku.
"Kini, saya menumpang di rumah anggota keluarga yang lain namun bila menjelang tengah malam, saya tetap pulang untuk melihat keadaan rumah takut dihanyutkan ombak," katanya.
Keadaan sama turut membelenggu kira-kira 37 nelayan di Kampung Tengah Mengabang Telipot, Kuala Nerus apabila hakisan pantai yang melanda Kampung Tanjung Gelam, sebelum ini, telah merebak ke penempatan mereka.
Keresahan mereka itu berasas apabila dalam tempoh kira-kira tiga tahun, dianggarkan lebih 50 meter kawasan pantai telah ditelan ombak dengan sebahagian daripada bangunan telah pun lenyap.
Bernama
Mon Jan 11 2016
Jika masalah hakisan pantai tidak ditangani, dikhuatiri generasi akan datang tidak akan mengetahui tentang kewujudan perkampungan. - Gambar hiasan
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Hibrid pemecah ombak, tukun sebagai alternatif kawal hakisan pantai Terengganu - Pakar
Langkah itu solusi alternatif yang boleh dipertimbangkan kerajaan selain memfokus kepada penyelesaian tunggal pemecah ombak semata-mata.
Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.
PETRA serah tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu bernilai RM141.27 juta.
JWP peruntuk RM520,000 untuk projek komuniti, hakisan pantai di Labuan
RM200,000 diperuntuk bagi membina dinding penahan bagi menyelesaikan isu hakisan pantai dekat gerai makanan di Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Projek tebatan hakisan Pantai Nenasi bernilai RM58.5 juta sudah dilaksanakan
Projek tebatan dan baik pulih hakisan Pantai Nenasi dekat sini membabitkan kos hampir RM58.5 juta sudah mula dilaksanakan sejak 28 Mac lalu.
Penyelesaian lebih baik diperlukan untuk tangani hakisan di Batu Ferringhi - CAP
Pegawai pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, beg-beg pasir yang digunakan sebagai benteng pemecah ombak telah memburukkan keadaan.
PRU15: Hakisan pantai, tunggu jalan, rumah runtuh lagi baru nak selesaikan? - Penduduk Telipot
Penduduk di Mengabang Telipot merayu agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah hakisan pantai yang semakin memburuk sejak bertahun lalu.
Pemanasan global dan musim tengkujuh ubah lanskap pesisir Pantai Timur - Pakar
Peningkatan paras dan isi padu air laut di samping ombak besar ketika musim tengkujuh beri risiko untuk hakisan pantai berlaku.