Hala tuju kerajaan mengenai cadangan pelaksanaan semula sistem percukaian GST antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam aturan mesyuarat yang dikeluarkan laman web Parlimen, hala tuju itu adalah soalan pertama yang terkandung pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri yang dikemukakan Ma'mun Sulaiman (PH-Kalabakan) dan dijangka dijawab Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, turut mencuri tumpuan adalah soalan kedua daripada Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH- Lembah Pantai) yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian Malaysia terhadap kempen #BoycottMalaysia yang dilancarkan oleh rakyat India di laman sosial Twitter, sebagai respon kepada ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.
Bagi sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pula, soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) turut dijangka mencuri perhatian apabila meminta Menteri Kesihatan menyatakan langkah dan usaha dilakukan oleh kementerian dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di wad-wad hospital Kerajaan yang ketika ini dianggap kritikal.
Soalan dari Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) tidak kurang menariknya apabila meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah Kerajaan menentukan sama ada wujud keperluan untuk pemerolehan Kerajaan dibuat secara runding terus.
Dalam pada itu, dua rang-rang dijadual dibentang pada hari yang sama untuk bacaan kali pertama melibatkan Perbekalan 2020 dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019

Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Dasar baharu lonjak ekonomi, bantuan guaman antara tumpuan hari pertama Dewan Rakyat
Perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Hala tuju cadangan laksana semula GST, #BoycottMalaysia dijangka hangatkan Dewan Rakyat esok
Hala tuju kerajaan mengenai cadangan pelaksanaan semula sistem percukaian GST antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.