Satu peta hala tuju yang jelas diperlukan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata pangkalan data komprehensif juga diperlukan untuk memantau masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli dan mendorong kejayaan mereka.
Katanya usaha memperkasakan Orang Asli perlu dilakukan melalui pendidikan supaya mereka mempunyai peluang pekerjaan dan pendapatan terjamin serta tidak dibelenggu masalah kemiskinan.
"Sehubungan itu, langkah-langkah akan disusun atur untuk membolehkan pencapaian masa akan datang Orang Asli dapat diukur sebaik mungkin dan kegagalan dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli ke-13 di sini pada Khamis.
Purata pendapatan isi rumah masyarakat Orang Asli telah meningkat daripada RM1,092 pada tahun 2009 kepada RM1,153 pada tahun lepas.
Sehubungan itu, Mohd Shafie berkata kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan Orang Asli yang akan menceburi dalam perniagaan, khususnya dalam peruncitan.
Beliau berkata sehingga kini, 418 usahawan Orang Asli mendapat faedah serta bantuan daripada kementerian dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) seperti premis perniagaan, bantuan peralatan, kursus dan latihan yang berkaitan.
"Kita hendak membimbing mereka agar mejadi masyarakat yang berjaya dan bukan hanya dapat bantuan kerajaan tetapi mereka mesti ada pemilikan dalam perniagaan yang diceburi," katanya sambil memberi contoh terdapat 10 unit rumah kedai dimilik Orang Asli mengendalikan peruncitan di Pekan, Pahang.
Dalam bidang pendidikan, Mohd Shafie berkata kini terdapat 732 Orang Asli yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan 103 orang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 hingga 4.0.
Sebanyak 40 orang berada di luar negara termasuk lima orang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam bidang kejuruteraan, ekonomi dan perubatan, katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata sebanyak 31,480.44 hektar tanah Orang Asli telah diwartakan manakala 19,774.22 hektar merupakan tanah yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) tetapi belum diwartakan.
"Perwartaan tanah penting dan sehubungan itu, kita akan bekerjasama dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin, katanya.
Bernama
Fri Apr 03 2015

SHAFIE: Hala tuju jelas perlu untuk bangunkan Orang Asli - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

JAKOA peruntuk lebih RM200,000 untuk bantuan MTL
Ketika ini, 1,644 pembekalan bakul makanan telah dibuat manakala vendor yang dilantik telah bersiap siaga dan sentiasa di dalam mod bersedia.

72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.

MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.

Mahkamah Rayuan benar 137 Orang Asli cabar penukaran agama
Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan agar saman sekumpulan 137 Orang Asli untuk membatalkan status agama Islam mereka, yang sebelum ini ditolak, dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi Kuantan.

JAKOA akan terus bantu, beri sokongan kepada keluarga Nuraina Humaira - Rubiah Wang
JAKOA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus memberikan sokongan dan khidmat bantuan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira yang ditemui mati Sabtu lalu.

JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.

JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.