JERTIH: Seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter antara 95 ekor ular pelbagai spesies yang bakal diserahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam masa terdekat.
Pegawai APM Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata ular tedung selar tersebut ditangkap oleh anggotanya di sebuah rumah di Kampung Tok Dor, di sini pada 9 Nov.
"Reptilia berbisa itu antara ular tedung selar terbesar yang pernah ditangkap oleh APM Besut setakat semalam, sepanjang tahun ini dan kesemuanya terdiri daripada sembilan spesies ular termasuk jenis berbisa akan diserahkan kepada Perhilitan," katanya ketika ditemui Bernama di pejabat APM Besut dekat Bandar Jertih, hari ini.
Ramlan berkata daripada jumlah tersebut, ular sawa merupakan yang paling banyak ditangkap iaitu 42 ekor diikuti ular tedung senduk (30 ekor), sawa tikus (6 ekor), ular tedung selar dan ular sampah masing-masing lima ekor.
Diikuti empat ekor ular tedung senduk sembur serta ular katan tebu, ganding wat dan ular lidi masing-masing seekor.
"Buat masa ini, ular tersebut diletakkan di dalam sebuah kurungan khas dan diasingkan antara ular spesis berbisa atau pemangsa seperti tedung senduk, tedung selar dan sawa sementara menanti untuk diserahkan kepada Perhilitan," katanya.
Beliau berkata daripada kesemua tangkapan itu, tiada kes yang dilaporkan membabitkan kecederaan atau mematuk menusia kecuali seekor ular sawa yang ditangkap di Kampung Kuala Kubang, Jabi pada 11 Nov lepas kerana cuba membaham seekor kambing.
"Kebanyakan kes ular tersebut ditangkap di dalam rumah manakala beberapa kes yang lain melibatkan tangkapan di luar rumah, dalam premis perniagaan dan kenderaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Daripada kesemua tangkapan itu, tiada kes yang dilaporkan membabitkan kecederaan atau mematuk menusia. - Gambar/ Bernama

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

APM Besut tangkap 400 ular sepanjang MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut menangkap lebih 400 ekor ular pelbagai spesies sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Hampir 100 ular akan diserah kepada Perhilitan - APM Besut
Ular tedung selar tersebut ditangkap oleh anggotanya di sebuah rumah di Kampung Tok Dor, di sini pada 9 Nov.