PUTRAJAYA: Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif penuaian.
Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, pada 27 lepas kementerian telah menaikkan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian.
"KPKM mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim manakala insentif penuaian pula pada kadar RM50 per hektar per musim," menurut kenyataan itu.
Pada 27 Mei lepas juga KPKM memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan.
Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuk kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.
Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

KPKM berkata, pada 27 lepas kementerian telah menaikkan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah
Ia disifatkan satu langkah strategik yang boleh memperkukuh pendapatan pesawah, sekali gus memastikan keterjaminan makanan negara.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Pelarasan harga lantai belian padi imbangi kos ditanggung pesawah
Katanya, keputusan itu membuktikan kerajaan cakna dan memandang berat keluhan pengusaha di akar umbi yang terkesan dengan kenaikan harga.

Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.

PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok
Prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.

Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

Lebih 44,000 pesawah MADA terima bantuan BKST Fasa 2
Sebanyak 44,139 orang pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menerima Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM26.48 juta.

Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Kerajaan telah sediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium STTP tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.

Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.

Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.