Seramai 1,854,684 pekerja asing direkodkan memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) setakat September tahun ini, maklum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan, jumlah tersebut mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan memegang PLKS yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia.
Kata Ahmad Zahid, penggajian pekerja asing adalah langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan dan akan diarah pulang ke negara asal masing-masing apabila tamat tempoh penggajian.
“Kelulusan pengambilan pekerja asing semasa adalah berdasarkan kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan.
“Ia kemudian akan dinilai mengikut kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen (DAP) Segambut, Lim Lip Eng.
Lim ingin tahu polisi pengambilan pekerja asing, bilangan mereka yang berada di Malaysia mengikut nama negara mereka serta caj-caj yang dikenakan.
Setakat 30 September 2016, pekerja asing dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 749,266, diikuti Nepal (411,364), Bangladesh (237,991), Myanmar (140,259), India (121,430) dan lain-lain (194,374).
Dalam pada itu beliau turut menjelaskan antara caj yang dikenakan untuk pengambilan pekerja asing adalah levi mengikut sektor yang diklusterkan mengikut dua kategori.
“Kategori satu terdiri daripada sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan kadar levi sebanyak RM1,850 sementara kategori kedua merangkumi sektor perladangan dan pertanian dengan kadar levi sebanyak RM640.
“Bagi sektor informal Pembantu Rumah Asing kadar levi yang dikenakan adalah sebanyak RM410,” jelasnya.
Kata Zahid, kerajaan pada 19 Februari 2016 telah memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan pengambilan pekerja asing baharu termasuk pekerja warga bangladesh sehingga kerajaan berpuas hati dengan keperluan sebenar oleh pihak industri.
Israr Khalid
Thu Nov 10 2016
![Hampir 2 juta pekerja asing sementara digajikan setakat September 2016 Hampir 2 juta pekerja asing sementara digajikan setakat September 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470118546_ForeignWorkers.jpg)
Menurut TPM lagi, Kelulusan pengambilan pekerja asing semasa adalah berdasarkan kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan. - Foto AFP
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701150752_ZahidHamidi.jpg)
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
![UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601019121_UMNO.jpg)
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
![Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598186107_PRKDUNSLIM.jpg)
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
![Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517638140_ZahidHamidi.jpg)
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
![Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61488118277_AhmadZahidHamidi.jpg)
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
![Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41464365716_TSTajolRosli.jpg)
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
![Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468578817_DSZahidHamidi.jpg)
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
![Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458791848_ZahidHamidi.jpg)
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
![PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81450510301_AhmadZahidHamidi.jpg)
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
![Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446713192_ArmandAzhaAbuHani.jpg)
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.