Usaha kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia menunjukkan trend positif apabila jumlah tontonan video pendidikan seks kanak-kanak di medium digital Youtube mencecah 2.79 juta tontonan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, sejak dilancarkan hingga 4 Oktober lalu, video berkenaan mendapat lebih 67,000 tanda suka dan perkongsian.
“Dari segi kadar tontonan di mana kalau video ini berdurasi satu minit, untuk (penonton) yang menghabiskan keseluruhan video adalah 43 peratus dan ini adalah lebih tinggi daripada kadar purata tontonan industri iaitu kira-kira 20 peratus sahaja.
“Jadi, orang lain bila dia buat (video), kadar purata tontonan industri adalah 20 peratus, tetapi video kita, kita lihat 43 peratus. Ia menunjukkan satu trend yang sangat baik selain ia mempunyai 67,000 berkongsi dan menyukainya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata, pendekatan kreatif untuk menyampai dan menyebar luas video pendidikan seks itu menyasarkan tontonan sebanyak 150,000 oleh kanak-kanak berusia tiga hingga ke empat tahun sehingga hujung tahun ini.
Video tersebut dihasilkan melalui usahasama antara kementerian dan Malaysians Against Pornography yang sehingga kini telah menghasilkan empat hingga lima video pendidikan seks untuk kanak-kanak, selain mendapat kerjasama pihak Google.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 06 2019

Usaha kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia menunjukkan trend positif, kata Hanna Yeoh. - Gambar fail
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Wajah ‘orang baik’ juga mungkin pemangsa kanak-kanak - Pengasas Buku Jalanan Chow Kit
Pemangsa kanak-kanak tidak semestinya berwajah jahat seperti yang digambarkan oleh filem, sebaliknya pemangsa juga boleh datang dalam kalangan individu dengan wajah yang segak.

5,350 jadi mangsa jenayah seksual kanak-kanak antara 2017-2022 - Azalina
Keadaan itu sekali gus meletakkan Malaysia jauh ke belakang berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Hampir 3 juta tontonan video pendidikan seks
Usaha kerajaan kurangkan jenayah seksual kanak-kanak menunjukkan trend positif apabila jumlah tontonan video pendidikan seks kanak-kanak di medium digital Youtube mencecah 2.79 juta tontonan

Mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak tidak akan ditutup
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sedang membuat persediaan untuk memperluas mahkamah berkenaan di Selangor, Pahang dan Johor.

Garis Panduan Khas kendali kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilancar
Ini kali pertama satu Garis Panduan Khas secara bersepadu diwujudkan

Rayuan gugur kandungan ditolak, kes mangsa rogol 10 tahun cetus kemarahan
Seorang kanak-kanak 10 tahun yang hamil akibat dirogol bapa saudaranya kini terpaksa pula menghadapi tekanan dari wartawan dan media.

Penting lindungi kanak-kanak dari jenayah seksual - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah mahu kesedaran mengenai jenayah seksual kanak-kanak menjadi agenda penting semua pihak khususnya dalam kalangan ibu bapa.