KAMPAR: Kerajaan Negeri Perak berharap tempoh pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berakhir 31 Mac ini dilanjutkan bagi memastikan sasaran 1.8 juta penduduk berusia lebih 18 tahun di negeri itu dapat dicapai.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata ini kerana masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di negeri ini masih belum mendaftar dan kebanyakannya terdiri dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.
"Di pihak kerajaan sendiri sama ada diperingkat pusat atau negeri telah berusaha sedaya upaya namun beberapa faktor perlu diambil kira termasuk kekangan daripada sudut tenaga kerja yang menjadi pemudah cara dalam membantu rakyat mendaftar.
"Selain itu, kekangan daripada sudut jaringan telekomunikasi khususnya di kawasan pedalaman turut menyumbang kepada kekangan rakyat untuk mendaftar. Jadi, saya mohon lanjutan tempoh waktu pendaftaran itu dipertimbangkan oleh kerajaan pusat," katanya ketika penyerahan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris Allahyarham Nurrul Anisah Dek Kamil yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal 10 Mac lalu, di sini, semalam.
Dilaporkan sehingga 21 Mac lalu, seramai 6.34 juta atau 29 peratus daripada 30.08 juta rakyat sudah mengemas kini data di sistem PADU yang telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu.
Daripada jumlah tersebut, seramai 590,000 penduduk di Perak telah berdaftar di bawah sistem berkenaan.
Dalam pada itu Mohd Azlan berkata beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menyebarluas kepentingan PADU kepada segenap lapisan rakyat.
"Alhamdulillah, pada awal pelancaran kita nampak agak perlahan namun menuju ke hari-hari terakhir ini pendaftarannya mula meningkat dan menunjukkan perubahan meskipun berdepan pelbagai kekangan," katanya.
Sementara itu beliau berkata PERKESO telah menyumbangkan sebanyak RM2,000 melalui Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan pencen penakat berjumlah RM434.50 sebulan kepada waris Allahyarham Nurrul Anisah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
![Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710301512_TBpadujpg.jpg)
Dilaporkan sehingga 21 Mac lalu, seramai 6.34 juta atau 29 peratus daripada 30.08 juta rakyat sudah mengemas kini data di sistem PADU.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730269693_MohdMirzaMohamedN.jpg)
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
![Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711529315_HanifahHajarTaib.jpg)
Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah
Kerajaan akan menggunakan data dalam PADU sebagai input untuk merangka dasar dan hala tuju pembangunan sosioekonomi dalam RMK13 yang akan bermula 2026 hingga 2030.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721018381_TBlimhuiyingjp.jpg)
Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.
![Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677974_RafiziRamli.jpg)
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
![PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan PADU dekati pengundi PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan PADU dekati pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719034769_PRK.jpg)
PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.
![Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715777663_RafiziRamliprogra.jpg)
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714026360_RafiziRamli.jpg)
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
![Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712119790_MOU.jpg)
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
![Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710301512_TBpadujpg.jpg)
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).