KUALA KRAI: Persiapan Aidilfitri hampir 6,000 pengguna melibatkan kira-kira 11 buah kampung di sekitar Kuala Krai terjejas ekoran gangguan bekalan air berikutan paip pecah di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai hari ini.
Pengguna Hisyabuddin Rosli, 38, dari Kampung Batu Balai berkata segala persiapan sedikit terganggu dan terpaksa menggunakan bekalan air yang disimpan sebelum ini untuk membersih serta mencuci barangan basah seperti ayam, ikan dan daging.
"Air tiba-tiba tak ada sejak tengah hari tadi jadi saya tak sempat untuk tadah air, mujur ada bekalan air yang disimpan sebelum ini bolehlah digunakan," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Asriyah Rejab, 35, pula berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan satu kes kecemasan paip pecah berlaku di hadapan MRSM Kuala Krai dan kerja pembaikan sedang giat dilakukan.
"Bekalan air akan pulih secara berperingkat dan dijangka selesai pada esok (10 April) pukul 2 pagi. Tempoh pemulihan bekalan ialah 24 jam bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," menurut kenyataan itu.
Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Telekong, Bukit Sireh, Staponal, Batu Jong, Taman Damai, Bukit Acheh, Batu Balai, Belukar Tebu, Perisa Wira Sg Durian, Chenulang, Kampung 10 dan kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Penduduk berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa. - Gambar hiasan
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.