Sebanyak 50 hingga 60 peratus anjing yang berada di kawasan wabak rabies di Sarawak disyaki berpotensi membawa virus tersebut.
Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan setiap anjing di negeri ini wajib diberikan vaksin sebagai langkah berjaga-jaga.
Beliau juga menasihati agar masyarakat memberikan sokongan penuh pemvaksinan haiwan peliharaan mereka kerana wabak itu amat berbahaya dan boleh membawa maut.
"Saya berharap masyarakat keseluruhannya memberi sokongan kepada usaha ini memandangkan wabak tersebut sangat berbahaya.
"Risiko bagi seseorang itu dijangkiti virus rabies ini adalah tinggi kerana lebih 50 peratus mereka yang digigit anjing akan mengalaminya.
"Kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani wabak itu dari terus merebak di Sarawak," katanya ketika melawat mangsa keenam kes rabies di Kampung Bayur, Serian hari ini.
Dr. Subramaniam memberitahu, walaupun mangsa kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu pulih daripada jangkitan itu tetapi kanak-kanak tersebut mengalami kecacatan otak selain bergantung kepada mesin bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Professor Datuk Dr. Sim Kui Hian menegaskan pemilik haiwan wajib membawa haiwan pelihara mereka mendapatkan suntikan vaksin setahun sekali.
"Semua anjing mesti diberikan vaksin rabies setahun sekali. Apabila haiwan ini diberi vaksin pertama contohnya sejak bulan Jun dan Julai tahun lepas, maka anjing berkenaan perlu diberikan semula vaksin rabies tahun ini," katanya.
Mengikut laporan Jabatan Veterinar Sarawak, setakat ini, enam mangsa maut akibat wabak rabies.
Manakala, sejumlah 50,000 haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing telah diberikan vaksin rabies di negeri ini.
Anthea Yap
Mon Feb 12 2018

Subramaniam menegaskan setiap anjing di negeri ini wajib diberikan vaksin sebagai langkah berjaga-jaga. - Foto fail Bernama

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.

Hampir 60 peratus anjing di Sarawak pembawa virus rabies
Sebanyak 50 hingga 60 peratus anjing yang berada di kawasan wabak rabies di Sarawak disyaki berpotensi membawa virus tersebut.

Bekalan ubat antibiotik mencukupi - Subramaniam
Bekalan ubat antibiotik di klinik-klinik kesihatan negara ini adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan.

MIC ketengah lebih ramai calon muda pada PRU14 - Dr Subramaniam
MIC akan mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Kerajaan komited tingkat pendidikan sekolah Tamil
Sekolah Tamil juga perlu memberikan tumpuan terhadap pencapaian dalam pelbagai bidang.

Laporan bedah siasat Thaqif Amin belum diperoleh - Subramaniam
Setelah laporan bedah siasat berkenaan diperoleh barulah kementerian boleh menjelaskan punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

Kementerian usul suruhanjaya bebas siasat tragedi HSA
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam usul berkenaan mencadangkan agar satu suruhanjaya siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat insiden yang mengorbankan 6 nyawa semalam.

Subramaniam: Gaji minimum manifesto Pakatan Rakyat berisiko
Manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan akan memberi risiko tinggi terhadap daya saing Malaysia.

Subramaniam: Bayaran yuran amah perlu munasabah
Bayaran yuran kepada agensi pembantu rumah tidak boleh terlalu mahal, dan perlu ditetapkan pada kadar yang lebih munasabah.