Hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata fakta tersebut adalah berdasarkan dapatan daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Bilangan graduan belum bekerja selepas satu tahun tamat pengajian bagi peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas adalah 30,765 orang atau 59.9 peratus daripada 51,365 graduan yang belum bekerja," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen di sini pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) yang ingin tahu berapa jumlah graduan lepasan ijazah yang dikesan masih menganggur dan apakah langkah telah diambil oleh pihak kementerian untuk menangani lambakan graduan menganggur itu.
Sehubungan itu, Maszlee berkata KPM melaksanakan saringan awal ketat terhadap program yang hendak ditawarkan oleh universiti awam (UA).
Beliau berkata pihak UA perlu menjalankan kajian analisis yang terperinci, termasuk kajian pasaran terhadap program akademik yang hendak ditawar, dijumud, dibeku atau dilupuskan.
Program akademik ditawarkan, katanya juga perlu mengambil kira keperluan guna tenaga dan bidang kritikal yang telah dikaji dan dibentangkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Talentcorp, Jobstreet dan agensi berkaitan yang turut hadir dalam mesyuarat saringan awal dan perakuan program.
Menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai perancangan sebenar ingin dilakukan pihak kementerian terhadap 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dikatakan akan ditutup, Maszlee berkata sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk bagi meneliti perancangan khusus dan hala tuju IPG.
"Kesemua 27 IPG di seluruh negara dikekalkan bagi melaksana fungsi latihan perguruan serta latihan pembangunan profesionalisme guru dalam perkhidmatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Dr Maszlee Malik berkata fakta tersebut adalah berdasarkan dapatan daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Gambar fail/Astro AWANI
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Hampir 60 peratus siswazah menganggur selepas setahun tamat pengajian
Hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka.