PADANG BESAR: Terdapat hampir 8,500 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara setakat ini dan daripada jumlah itu hanya kurang lima peratus didapati tidak aktif, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof.
Beliau berkata angka itu turut menunjukkan penambahan dan penglibatan golongan muda dalam aktiviti KRT, sekali gus mempelbagaikan program yang dilaksanakan berbanding hanya tertumpu kepada tanggungjawab menjaga kawasan tetangga.
"Alhamdulillah, di Perlis terdapat 140 KRT dan apa yang saya lihat hari ini, banyak golongan muda yang terlibat, ia sudah tidak sama seperti dahulu lagi, kini generasi muda juga mempunyai tugas tersendiri di dalam KRT.
"Apabila ada golongan muda, akan berlaku perkembangan aktiviti seperti bidang ekonomi, keselamatan, ketahanan komuniti dan pendidikan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan KRT Taman Padang Besar Indah di sini hari ini.
Azman turut menyeru agar lebih ramai individu daripada pelbagai lapisan umur menyertai KRT, seterusnya menjadikan organisasi itu lebih efisien.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Azman (kanan) menyeru agar lebih ramai individu daripada pelbagai lapisan umur menyertai KRT, seterusnya menjadikan organisasi itu lebih efisien. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.

KPN rangka gerak kerja perkasa, iktiraf Kawasan Rukun Tetangga
Pemerkasaan KRT sebagai Penggerak Masyarakat Progresif merupakan inisiatif terbaharu kementerian untuk memperkukuhkan lagi peranan KRT dalam komuniti di negara ini.

Pusat Tuisyen KAMI dilancar untuk pelajar kurang mampu
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu juga bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik.

KRT mampu jana pendapatan sumbang kepada Ekonomi MADANI - Aaron
Kawasan Rukun Tetangga kini turut memainkan peranan dalam membantu pelaksanaan Ekonomi MADANI melalui beberapa sektor seperti pertanian, agrotani dan pelancongan.

JBPM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tubuh pasukan bomba uniti di KRT
Ia berperanan sebagai ejen kepada jabatan itu dalam menyalurkan bantuan kecemasan awal kepada komuniti setempat.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Masyarakat harus bersatu perangi COVID-19, bukan hanya kerajaan
Dalam usaha memerangi COVID-19, rakyat Malaysia tidak boleh melakukannya secara sendirian sebaliknya masyarakat harus bergabung menentang virus maut itu.