PUTRAJAYA: Seramai 79,668 daripada 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian melalui UPUOnline, ditawarkan tempat ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
KPT dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
Menurut kenyataan itu seramai 65,243 calon SPM pula, ditawarkan melanjutkan pengajian di politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA), yang menawarkan program pengajian peringkat sijil dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Sebanyak 500 program pengajian ditawarkan bagi sesi 2023/2024, iaitu 47 pengajian asasi, 309 (diploma), satu (ijazah sarjana muda) dan 143 (sijil).
"Kemasukan pelajar ke institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, dengan menyusun semua calon yang layak tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah," menurut kenyataan itu.
Prinsip meritokrasi ialah berasaskan 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.
"Seramai 61,286 calon lelaki dan 83,625 calon perempuan berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA, politeknik, KK dan ILKA bagi program lepasan SPM," menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan KPT itu memaklumkan secara keseluruhan, tawaran laluan khas ialah sebanyak 14,619 iaitu 13,649 tawaran diberikan kepada calon dari keluarga B40, 346 kepada orang kurang upaya (OKU), 335 (atlet), 289 (Orang Asli) dan 26 calon yang merupakan lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengenai calon yang tidak mendapat tawaran, KPT memaklumkan antara faktor kegagalan ialah tidak memenuhi syarat am atau syarat khas program pengajian, tiada kekosongan tempat terutama bagi program kompetitif dan kedudukan merit rendah.
KPT mempelawa mereka untuk membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai hari ini sehingga pukul 5 petang pada 16 Julai ini.
Menurut kenyataan itu lagi, seramai 164,028 daripada 403,637 calon yang menduduki SPM tidak membuat permohonan melalui UPUOnline atas beberapa faktor, antaranya telah mendapat tawaran menyambung pengajian di kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan, institut pendidikan guru, institusi pengajian tinggi swasta dan Majlis Amanah Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
![Hampir 80,000 calon lepasan SPM ditawarkan ke universiti awam - KPT Hampir 80,000 calon lepasan SPM ditawarkan ke universiti awam - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688723141_UPUOnlineuniversi.jpg)
KPT hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
![Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717084933_zahid.jpg)
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.
![Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574332231_RUUaidimoktarsa.jpg)
Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).