KOTA BHARU: Hampir 80 peratus daripada 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selepas bersara.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ia melibatkan pelbagai bidang termasuk perkhidmatan, pertanian dan pelancongan.
"Tugas kita sekarang untuk memastikan bidang keusahawanan yang diceburi itu boleh berjaya. Jadi kita sediakan latihan kepada mereka, pada masa yang sama kita bagi bantuan untuk memastikan kerjaya itu dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada veteran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat bengkel pesara ATM Nik Mohd Fahizol Nik Mohd Mustapha di Kampung Bechah Kura, Melor, di sini hari ini, sempena Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Kelantan.
Pada program itu, Adly telah menyerahkan sebuah rumah kepada seorang veteran dan sumbangan RM10,000 untuk menambah baik sebuah kedai roti canai seorang veteran di Pasir Puteh.
Adly berkata siri jelajah itu bukan sahaja memfokuskan kepada aspek kesihatan, perumahan, pendidikan dan kebajikan veteran tetapi juga bidang keusahawanan.
"Selain itu kita juga terus mengadakan dialog dengan persatuan veteran di seluruh negara untuk mengenal pasti permasalahan yang dialami pesara dan cuba menyelesaikan isu berkaitan dengan sewajarnya demi kebajikan mereka," katanya.
Dalam pada itu Adly memaklumkan lebih 100,000 bekas anggota yang tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di seluruh negara.
Katanya ketika ini, jumlah yang mendaftar dengan JHEV adalah kira-kira 200,000 orang dengan 79,000 daripadanya anggota berpencen dan selebihnya tidak berpencen.
"Kita hormati keputusan sesetengah anggota yang mahukan privasi dan mahu bebas dari sistem lama namun pada masa yang sama bagi veteran yang memerlukan digalakkan berdaftar untuk kita bagi bantuan dan sokongan" katanya.
Sementara itu pesara ATM, Nik Mohd Fahizol yang mengusahakan bengkel membaiki pacuan empat roda selepas bersara lima tahun lepas memberitahu mampu meraih pendapatan lima angka sebulan.
Katanya pengalaman dan ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat sebagai anggota ATM dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja sebelum ini memberi kelebihan kepadanya mengurus perniagaan yang diceburinya kini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari pada sidang media sempena Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Kelantan di bengkel 4x4 PejoMotor Sport dekat Kampung Bechah Kura, Melor hari ini. - Foto BERNAMA

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.
Pengeluaran tidak penuhi permintaan antara cabaran utama
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta
Tahun 2024 juga memaparkan pemulihan perdagangan dua hala bagi Malaysia dan Vietnam yang susut sebanyak 10.6 peratus pada 2023.

Msyuarat Kumpulan Kerja ADSOM buka tirai pemukiman ADMM di Pulau Pinang
Lebih 150 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri pemukiman kali ini.

Kerajaan sasar kurangkan kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan tempoh kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus.

Pengeluaran durian tidak dapat memenuhi permintaan pasaran dunia - Arthur
Pada masa ini, durian dari Malaysia mendapat permintaan tinggi dari negara seperti China, Singapura dan Hong Kong.

COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Agihan semula dana kutipan kalanan termasuk Matching Grant berkenaan bertujuan memberi kebajikan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.