KUALA LUMPUR: Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau menerusi satu video yang dikongsi di akaun Facebook hari ini berkata namun begitu Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau keadaan semasa untuk memastikan dan menetapkan bila tarikh bagi murid yang hadir ke sekolah secara penggiliran dapat hadir ke sekolah secara tanpa penggiliran.
"Apabila sekolah dibuka kelak kami di KPM berharap ibu bapa, murid, guru dan warga pendidikan dapat bersama memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi dengan baik supaya sesi persekolahan berlangsung dengan selamat dan teratur," katanya.
Beliau berkata sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah apabila sekolah dibuka pada 21 Mac, ketidakhadiran itu tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.
Mengulas pengoperasian sekolah rendah apabila penggal persekolahan dibuka pada 21 Mac, Radzi berkata bagi sekolah rendah dengan enrolmen murid kurang daripada 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa akan hadir tanpa penggiliran.
"Sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa dengan enrolmen melebihi 600 murid boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya," katanya.
Radzi berkata bagi sekolah rendah dengan enrolmen murid melebihi 600 orang, murid yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran ialah murid berkeperluan khas (MBK), Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), murid prasekolah, murid Tahun Satu, Dua dan Enam serta semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan.
"Bagi Tahun Tiga, Empat dan Lima, murid ini akan hadir secara penggiliran. Ketetapan ini turut terpakai untuk sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara," katanya.
Beliau berkata ujian saringan kendiri COVID-19 yang perlu dijalani 10 peratus murid sekolah rendah dilaksanakan pada penggal persekolahan sebelum ini dikekalkan apabila sesi dibuka pada 21 Mac ini dan KPM akan membekalkan test kit kepada murid untuk ujian di rumah dan laporkan keputusan ujian kepada sekolah.
Menurut Radzi mulai 21 Mac apabila semester atau penggal persekolahan baharu bermula, pelajar di sekolah menengah akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk tempoh dua minggu dari 21 Mac hingga 4 April seterusnya hadir ke sekolah secara bersemuka bermula 4 April kecuali sekolah berasrama penuh.
Semua pelajar sekolah menengah akan masuk ke sekolah tanpa penggiliran. Ini termasuk pelajar berkeperluan khas, kelas peralihan, Tingkatan Satu hingga Enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan pelajar peperiksaan antarabangsa yang setara, katanya.
Radzi berkata untuk sekolah menengah berasrama penuh, murid yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran adalah pelajar Tingkatan Dua hingga Enam, prauniversti, IBDP serta peperiksaan setara yang lain dan mereka akan dibenarkan masuk ke asrama mulai 4 April.
Beliau berkata pelajar Tingkatan Satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama, boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan KPM.
Menurutnya bagi sekolah swasta berasrama yang mempunyai kapasiti untuk urus keseluruhan pelajar, sekolah berkenaan boleh beroperasi sepenuhnya termasuk pelajar baharu Tingkatan Satu.
Menyentuh mengenai pakaian seragam sekolah, Radzi berkata KPM menggalakkan murid memakai seragam sekolah namun bagi mereka yang mempunyai halangan, KPM juga membenarkan murid untuk hadir ke sekolah dengan pakaian yang sopan dan bersesuaian.
Katanya sesi persekolahan bagi kolej vokasional akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuk penuntut Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia.
Beliau berkata bagi kolej matrikulasi semua penuntut akan hadir tanpa penggiliran mengikut takwim akademik masing-masing. Bagi sistem empat semester yang akan hadir ialah penuntut semester dua dan semester empat manakala bagi sistem dua semester, ia melibatkan penuntut semester dua.
Menurutnya, bagi Insititut Pendidikan Guru (IPG), kehadiran adalah tanpa penggiliran mengikut takwim kalendar akademik.
Ia meliputi pelajar lima program iaitu Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Diploma Perguruan Malaysia dan Program Intervensi Tambah Opsyen.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022

Radzi berkata sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah apabila sekolah dibuka pada 21 Mac, ketidakhadiran itu tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.- Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.

Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi
Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.

Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.

Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM
Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.

Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi
Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.

Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).