BERITA kemalangan maut yang membabitkan enam sekeluarga di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat masih menjadi tumpuan netizen.
Selain mengikuti rapat perkembangan terkini termasuk berita kesemua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Johor Bahru, netizen melahirkan simpati dan doa buat anak sulung mangsa, Abdurrahman.
Hal itu selepas sepotong video Abdurrahman, 19, berada di dalam masjid sewaktu menguruskan enam ahli keluarganya yang dijemput Ilahi sekelip mata menangis dan hampir pengsan tular di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, Abdurrahman yang memakai baju Melayu berwarna biru beri minum air dan ditenangkan oleh orang ramai yang berada di dalam masjid bagi memberi penghormatan terakhir, melakukan solat jenazah buat enam sekeluarga tersebut.
Abdurrahman dipercayai berada dalam keadaan lemah kerana belum menjamah makanan sejak pagi sehingga urusan solat jenazah di masjid.
“Kuatnya iman kerana mampu menjadi imam solat jenazah buat semua kesayangan beliau. Muda tapi hebat,” tulis seorang netizen pada perkongsian video yang tular di media sosial.
“Moga Allah beri kekuatan kepada adik Rahman dan Allah sihatkan kembali adiknya yang sedang bertarung nyawa di ICU,” tulis seorang lagi.
Sementara itu ribuan ucapan doa yang meminta dua beradik tersebut tabah juga membanjiri ruangan komen di media sosial.
Terdahulu media massa melaporkan berlaku kemalangan pada 6.37 petang semalam melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza yang dinaiki mangsa sekeluarga.
Pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya Fatimatulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10; dan Muhammad Assyakrawi, 5; yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad.
Sementara seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga mangsa kemalangan, Abdullah, 15, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat. -Gempak
Gempak
Sun Sep 03 2023
Rakaman video Abdurrahman yang menangis dan hampir pengsan ketika menguruskan jenazah enam ahli keluarganya tular di media sosial. -Gempak
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
'Terima kasih kepada yang menderma' - Tiz Zaqyah lawat anak mangsa nahas Segamat
Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan remaja lelaki itu.
Hampir pengsan ketika urus jenazah ahli keluarga, ketabahan anak sulung mangsa nahas dikagumi
Abdurrahman dipercayai berada dalam keadaan lemah kerana belum menjamah makanan sejak pagi sehingga urusan solat jenazah di masjid.
Ibu maut, dua anak cedera kereta bertembung
Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk dua anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan hari ini.