Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas dakwaan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa berlaku kenaikan beban kewangan purata sebanyak RM50 bagi setiap orang setahun, susulan langkah rasionalisasi harga minyak masak.
Jelas beliau, mengikut perkiraan, jika setiap pengguna menggunakan minyak masak sekilogram yang bersubsidi, maka purata perbelanjaan tidak sampai RM10 untuk lima orang setiap bulan.
"Saya tidak tahu mana datang RM50. Yang Berhormat kira macam mana? Sampai RM250 untuk lima orang? Padahal untuk 1.5 kilogram untuk seorang hanya lebih kurang RM1.50 campur 75 sen satu kepala. Kalau lima orang, tak sampai RM10 sebulan.
"Maka pertambahan lebih kurang RM100 setahun," katanya semasa menjawab soalan tambahan Guan Eng semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau pada masa sama mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Bagan itu yang mempertikai harga sepaket minyak masak sekilogram, sedangkan Guan Eng sendiri mampu membeli air mineral yang lebih mahal berbanding bahan siap proses itu setiap hari.
"Padahal dia beli air mineral setiap hari itu melebihi daripada harga minyak masak yang diproses yang digunakan oleh semua rakyat yang bertanggungjawab dalam negara kita," katanya.
Harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November 2016.
Hamzah ketika mengumumkan perkara itu minggu lalu berkata, kadar itu berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).
Rahimah Abdullah
Tue Nov 01 2016

Hamzah mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Bagan itu yang mempertikai harga sepaket minyak masak sekilogram. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.

Bekalan air terputus: Penduduk P. Pinang buat pembelian panik air mineral
Orang ramai di Pulau Pinang membuat pembelian panik apabila mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak susulan ketiadaan bekalan air di kawasan kediaman mereka hari ini.

Lebih 30 tahun, air mineral Spritzer kekal relevan
Keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.

Pemilik syarikat air didenda kerana jual air paip diambil dari tandas
SFA menegaskan, pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.

Aliran trafik di Lebuhraya KL-Seremban sesak susulan kemalangan lori dan empat kenderaan
Kemalangan kira-kira 6.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan air mineral dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh empat kenderaan.

Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.

Anak kapal bergantung kepada air mineral semasa hanyut
Air mineral, semangat diri dan ingatan kepada orang tersayang menjadi penguat semangat kepada sembilan anak kapal KD Perdana semasa hanyut selama 51 jam di laut Sabtu lalu.

Hamzah bidas Guan Eng soal beban kewangan berkaitan harga minyak masak
Mengikut perkiraan, jika setiap pengguna menggunakan minyak masak sekilogram yang bersubsidi, maka purata perbelanjaan tidak sampai RM10 untuk lima orang setiap bulan.

Kementerian Kesihatan cadang air mineral dikecualikan GST - Dr Hilmi
Langkah untuk mengecualikannya bertujuan mengalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula.