SIK: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendedahkan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli.
Hamzah berkata, pemimpin PKR itu ada berjumpa dengannya selepas seminggu kalah dalam saingan merebut jawatan nombor dua parti ketika pemilihan itu.
Ketika itu, katanya, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri dan Saifuddin menghantar surat untuk memohon supaya keputusan pemilihan PKR dibatalkan.
“Saifuddin Nasution jangan lupa, selepas seminggu kamu kalah, kamu jumpa hang hantar surat tolong batalkan pemilihan PKR. Surat itu ada pada saya,” kata beliau.
Hamzah berkata demikian sambil menunjukkan surat berkenaan kepada hadirin pada Ceramah Munajat Perdana di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam saingan pemilihan PKR pada 2022, Saifuddin gagal mempertahankan kedudukan sebagai Timbalan Presiden selepas tewas kepada Rafizi.
Sementara itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyifatkan penahanan, Muhammad Sanusi pada jam 3 pagi seperti tidak bertamadun sekali gus bertentangan dengan konsep Malaysia Madani.
“Tamadun apa pukul tiga 3 pagi pergi ambil (tangkap) Datuk Seri (Muhammad Sanusi)… orang kalau tamadun bagi tau awal-awal Datuk Seri kami nak jumpa sat saja, saya dulu bekas Menteri Dalam Negeri, sat lagi jadi balik Menteri Dalam Negeri baru depa tau… masa jadi menteri saya baik.
“Kerana adik saya (Muhammad Sanusi) di tangkap 3 pagi, lawan tetap lawan, itu lah perjuangan kita yang sama yang adil,” tegas Hamzah.
Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berikrar, dasar Perikatan Nasional (PN) akan terus memelihara dan mempertahankan institusi diraja.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 20 2023

Datuk Seri Hamzah Zainudin (kanan) mendedahkan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.

10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.

Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.

Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.

Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.

PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.