KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai selepas bekas Ketua Polis Negara dan syarikat berkenaan memohon maaf kepada pemimpin veteran DAP itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lim selaku plaintif berkata kedua-dua defendan (Mohammed Hanif dan Sinar Karangkraf) membacakan kenyataan permohonan maaf pada prosiding kes itu yang berlangsung secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon.
Mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan kes tersebut, kata peguam itu ketika dihubungi pemberita.
Peguam Datuk Muralee Menon yang mewakili Mohammed Hanif dan peguam Zuwita Kamaruzaman yang bertindak bagi pihak Sinar Karangkraf, turut serta dalam prosiding itu.
Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini hingga 23 Sept secara dalam talian, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.
Berdasarkan draf persetujuan itu, Mohammed Hanif selaku defendan pertama akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Lim di Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Sept 2018.
"Saya dengan ini merakamkan permohonan maaf tanpa syarat berkenaan kenyataan yang telah saya buat membabitkan plaintif di konvensyen itu. Saya menarik balik kenyataan saya secara keseluruhannya dan tanpa syarat.
"Saya mengesahkan bahawa penahanan plaintif pada tahun 1969 bukan atas sebab bahawa beliau telah meminta Malaysia dibahagikan atas dasar perkauman dan seterusnya saya juga mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sedemikian," menurut Mohammed Hanif dalam draf persetujuan itu.
Menurut draf persetujuan itu, plaintif menerima permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan oleh defendan pertama dan plaintif akan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap defendan pertama seperti terkandung dalam pernyataan bertarikh 7 Sept 2018, yang disiarkan di blog beliau, di laman web Rocketkini dan tweet plaintif bertarikh 7 Sept 2018 serta menarik balik tuntutan saman terhadap defendan pertama tanpa perintah berkenaan kos.
Menerusi draf persetujuan defendan kedua (Sinar), syarikat itu antaranya akan menyiarkan permohonan maaf bertulis secara terbuka kepada plaintif berkenaan penerbitan artikel bertarikh 6 Sept 2018 dan 11 Sept 2018 dan menarik balik dua artikel berkenaan secara serentak.
Permohonan maaf bertulis secara terbuka akan disiarkan di Sinar Harian Online dan akhbar Sinar Harian secara bercetak, selewat-lewatnya pada 25 Sept ini serta dibacakan di mahkamah.
Plaintif akan menarik balik tuntutan terhadap defendan kedua dengan kos berjumlah RM20,000 yang akan dibayar syarikat itu selewat-lewatnya pada 27 Sept ini.
Lim yang memfailkan saman pada 17 Okt 2018, mendakwa Mohammed Hanif mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di konvensyen itu yang telah diterbitkan dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.
Menerusi pernyataan tuntutan, pemimpin kanan DAP itu mendakwa kata-kata fitnah berkenaan antara lain membawa maksud bahawa beliau bertanggugjawab dan berniat mengarahkan DAP untuk memisahkan atau membahagikan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian berdasarkan kaum dan berniat untuk memecahkan kaum Melayu dan Cina.
Plaintif mendakwa defendan kedua (Sinar) telah bertindak dengan niat jahat apabila mencetak, menyiarkan, menerbit dan mengedarkan kata-kata fitnah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Berdasarkan draf persetujuan itu, Mohammed Hanif akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Lim di Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM, Shah Alam pada 6 Sept 2018. - Gambar fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai
Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai hari ini.

Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif
Nilai kepolisan yang diserapkan oleh Allayarham sepanjang perkhidmatannya wajar dijadikan contoh oleh warga PDRM ketika ini.

Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang
Pada 17 Okt 2018, Lim menyaman Mohammed Hanif atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM Shah Alam pada 6 Sept 2018.

Pembubaran Parlimen bukan penyelesaian terbaik - Hanif Omar
Ini kerana, katanya, negara masih belum mencapai tahap ancaman darurat sehingga langkah pembubaran Parlimen perlu diambil.

Hanif Omar tak nyanyuk
Meskipun digelar nyanyuk, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dilihat seakan tidak terkesan atau marah dengan kenyataan dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang.

Tanah rizab Melayu kurang, Pas tuntut penjelasan
Ia susulan fakta yang dikemukakan bekas Ketua Polis Negara itu, bahawa tanah rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara hanya tinggal 12 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.

Ahli Parlimen jangan jahil perlembagaan - Khoo Kay Kim
Ahli-ahli Parlimen perlu celik sejarah Perlembagaan Persekutuan sebelum meminda sesuatu undang-undang.