KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berjanji akan memperjuangkan saranan agar nilai insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dinaikkan tiga kali ganda bermula 2024.
Hannah berkata dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet agar peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat ditingkatkan pada tahun depan.
"Kita akan meningkatkan usaha untuk menambah insentif kerana masa sudah berbeza sekarang. Kita kena tengok bagaimana kita boleh beri insentif yang lebih efektif kepada atlet.
"Kita tahu berbanding negara (jiran) lain, memang tidak setinggi mereka, tetapi seperti TPM kata, kita kena usahakan ganjaran lebih tinggi untuk mendorong atlet kita," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Shakam berjumlah RM2.4 juta, oleh Ahmad Zahid, malam tadi.
Hannah berkata pihaknya juga akan melihat kepada cara untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan syarikat swasta dalam pemberian insentif kepada atlet seperti pelepasan cukai kepada syarikat pada pembentangan Belanjawan akan datang.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menyarankan agar nilai ganjaran Shakam dinaikkan tiga kali ganda pada 2024 sebagai dorongan kepada atlet yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Beliau berkata insentif ketika ini dirasakan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan pencapaian atlet negara yang semakin membanggakan pada setiap temasya sukan.
Ahmad Zahid turut menyuarakan harapan dan keyakinan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan insentif tambahan bagi sektor sukan dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober depan.
Mengikut kadar Shakam sedia ada, pemenang pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima RM1 juta, manakala perak dan gangsa masing-masing layak mendapat RM300,000 dan RM100,000.
Bagi Sukan Komanwel, Asia dan Para Asia, pemenang pingat akan mendapat RM80,000 (emas), RM40,000 (perak) dan RM20,000 (gangsa), manakala Sukan SEA dan Para ASEAN mendapat RM20,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa).
Daripada RM2.4 juta insentif Shakam yang disampaikan malam tadi, sebanyak RM1.2 diberikan kepada pemenang pingat di Sukan SEA Kemboja, RM1.18 juta kepada kontinjen Sukan Para ASEAN dan buat julung kalinya, RM95,500 diberikan kepada kontinjen Sukan Olimpik Khas 2023 di Berlin, Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Hannah akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet agar peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat ditingkatkan pada tahun depan. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan - Hannah
Hannah berkata, mesyuarat itu juga akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

Sasaran pingat Sukan SEA 2025, ikut saranan pakar - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sasaran pingat bagi Sukan SEA 2025 ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.